Pages

Powered By Blogger

Friday, January 23, 2009

MY EX-STUDENTS

.
Buat peminat-peminat Yong Yi Wang (YYW) esp. Kak Jaa...

Lama budak-budak ni tak muncul di PID. Ptg ni tiba2 diorang dtg. Mungkin sebab ada projek kajian tempatan or whatsoever.

YYW : Selamat Petang Cikgu
Cikgu Rehan : Selamat Petang
YYW : Saya mahu renew kad
Cikgu Rehan : Sekarang dh tak ada sistem ahli dah. Kena bayar RM2 untuk sejam.

Lepas tu budak ni nampak mcm terkial-kial. Mungkin nk mintak izin nk guna komputer tapi tak tahu nk ckp macamana.

Cikgu Rehan : Kamu nk guna komputer ker, tulis nama dlm buku dan guna komputer depan.
YYW : Cikgu tidak mengajarkah? (Adakah dia cuba berbual dgn saya?)
Cikgu Rehan : Pelajar saya belum sampai, sbb tu saya suruh awak guna komputer depan.
YYW : Cikgu, bolehkah guna setengah jam?
Cikgu Rehan : Bolehhh...
YYW : Kalau setengah jam, adakah setengah ringgit cikgu?

Saya yg tgh meloya tahap maksima mcm nk tersembur gelak dengar ayat dia...

5 minit kemudian, best friend nya si Tan Guan Seng (TGS) pon masuk. Mereka 2 org ni dah lama tak dtg PID. Dua-dua dah besar panjang. TGS dah tinggi renjong mcm pemain basketball. YYW masih tak lari dgn imej skema. Tapi saya kagum dengan cara didikan ibu bapa mereka. Walaupon kadang2 saya nk tergelak tgok gelagat mereka, mereka sangat menghormati saya (guru yg tah hape2 ini) dan sangat bersopan-santun. Kalah anak-anak melayu kita...





0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker