Pages

Friday, January 30, 2009

TIADA SARAPAN

.
Salam Jumaat puan-puan, (dan tuan-tuan juga!)

Hari ini saya sedikit bersemangat nk datang kerja. Mlm tadi tidur agak nyaman. Itupun setelah berpindah dari bilik saya ke ruang tgh rumah. Saya pasang kipas laju-laju mcm kipas helikopter (Aisyah sebut helikopter = Abertee) dan tarik selimut tebal. Oh ya, sakit otot ringan sudah mula menyerang. Lenguh2 di sekitar betis dan lutut. Saya terpaksa pesan siap2 kat suami, saya dah mula lenguh2 kaki dan abg kena alert sikit... nnt mlm2 kalau saya menjerit, itu tandanya kaki saya dah cramp (mak saya sebut ni sebagai tarik mengkarung) Sesungguhnya, kali ini semuanya datang sangat awal berbanding sewaktu bersama Aisyah. Apa yang boleh saya buat...semuanya harus ditempuhi. Saya redha dan berharap dikurniakan kesabaran mengharungi semua ini.

Apa yang membuatkan saya sedikit bertenaga pagi ini adalah kerana nenek Onah tidak menumis seperti pagi-pagi yang sebelumnya. Harini tiada sarapan kecuali air teh susu. Ohh...saya sangat bersyukur dan berharap nenek onah akan terus tidak memasak di pagi hari! Boleh gitu?

Setiap pagi, bau tumisan nasik goreng nenek onah akan meloyakan saya. Dan, bertapalah saya sambil menguwek (muntah) di dalam bilir air sampai kadang2 Aisyah pon boleh terjaga dari tidur mendengar uwekan mamanya. Selepas muntah sampai perit tekak dan keras otot perut, maka semakin tidak bermayalah saya untuk memulakan hari...

Tapi hari ini agak berbeza! Syukur, Alhamdulillah. Kalau keadaan mengizinkan, saya ingin sekali menempek gambar2 terbaru Aisyah yang sarat di dlm kamera buruk tu. Mungkin di dalam entry2 yang berikutnya kelak.

Till then, Happy Friday olls!






0 Scribbles: