Pages

Powered By Blogger

Monday, February 23, 2009

AISYAH DAN CINEMA *updated with pics*

.
(Gambar hutang dulu ya... esoklah MR update (tu pon kalau rajinnnn..kekekek)

Mlm ni (waktu Malaysia yerr... cewah, eksyen plak... mentang2 ada geng dr California & Edinburgh hehe..) Makcik Rehan nk citer pasal batallion Rawang yg pegi nonton cinema semalam. Tapi.. tapi... tapi... malas tahap dewa nk upload gambar kat laptop yg setengah hazab nih. Snap pakai henpon cabuk jer pon. Pulak tu gambar2 Aisyah mcm superman tgh terbang, sbb dia tamau duduk diam!

Dari dlm keter lagi mulut dia dah riuh rendah dan asyik cuba memboloskan diri dari carseat sbb teruja nk join abg2 sepupu dia yg rancak bersembang kat seat belakang. Dia kan diva Babah, haruslah jadik co-pilot kat depan.

Sampai kat TGV, Makcik Rehan dh mcm cikgu tadika taw. Sibuk mengawal budak2 esp. si Mencah yg berlari, berguling mcm budak tak penah jejak tanah! Mak2 dan Ayah2 Pin yang lain blom sampai (Laki i kan mithali sgt... baik hati nk tolong hangkut anak2 buah dia ke sana).

7 Adults
9 Kids
2 Underages - Mencah dan sepupu yg sebaya.

Dalam panggung, anak saya sangat behave taww. Sungguh tak sangka mak bapaknya. Steady jer duduk kat seat sambil layan popcorn - siap enjut2 perut mcm kat umah! She enjoyed the moment so much! Orang pakat gelak, dia pon gelak. Macamlah paham sgt. Kuar jer katun, terus dia jerit : Aaapin!
Asal kuar jer menatang2 yang dia kenal, tak benti2 dok ulang sebut sampaila scene menatang tu habis. Siaplah lepasni... sakanlah kami 3 beranak melayan wayang kan...

About the movie? so-so sajalah. Story board tak baper kuat. Dan Upin & Ipin (bagi saya dan suami) bukanlah watak utama filem ini. Mereka sekadar 'pelaris' utk kanak-kanak. Watak utamanya mungkin 2 org pelajar kolej dan si Rajoo. Klimaks cerita lambat sgt. Not only Aisyah, but other kids also dah mula keluh kesah selepas 1 jam setengah. Ada yang dah berlari2 kat depan layar! My sis in law commented that jalan cerita ni 'agak berat' for kids under 12.

Ada unsur moral yang bagus. Keharmonian pelbagai kaum paling jelas dipaparkan. Sekali-sekala filem ini mampu juga membuatkan Makcik Rehan ketawa dan disusuli dengan ketawa Mencah yang dibuat-buat. Heh!


-Apa kelas nk tangkap2 gambar kan, baik aku blah-



-Susah sgt... kenalah tangkap!-



-Gambar ala2 bunian. Tak duduk diam-


-Aisyah dok usha billboard besau2-





Viva Aisyah!






0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker