Pages

Powered By Blogger

Sunday, February 22, 2009

KERINDUAN

.

Photobucket
-Gambar arkib Raya Aidilfitri 2005-

Saya 'kangeennn banget' sama Mak dan Ayah. Lamanya tak balik kampung. Saya dapat rasakan mak dan ayah pun kerinduan dan kerisauan pada saya. Semasa saya menghadapi waktu2 sukar baru-baru ini, ayah dan mak tak jemu2 menalipon bertanya khabar. Saya sepatutnya menghadiri kursus di Teluk Batik pada awal bulan baru2 ini (tapi saya tak pergi sbb kesihatan tak mengizinkan) mak saya kirimkan lauk masak cabai kegemaran saya kepada teman setugas dari PID Kuala Kurau. Malangnya, lauk itu tak sampai ke tgn saya kerana saya tidak ke sana.

Saya rindu masakan mak (dan juga leteran mak).
Saya rindu gurau senda dan tazkirah ayah.

Sudah hampir 3 bulan tak jumpa. Kalaulah saya ada rumah sendiri... dah lama mak ayah saya datang agaknya...

Sejak berumahtangga dan tinggal jauh dari mereka, saya rasa kami semakin terpisah (bukan bermakna saya lupakan mereka). Oh! mereka yang senasib dgn saya mungkin paham apa yg saya cuba sampaikan...


0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker