Pages

Powered By Blogger

Tuesday, February 17, 2009

LITTLE BABY, BIG MUMMY, HAPPY DADDY, LOVELY SISSY...

.
My little baby in my BIG tummy...

Ahad lepas, suasana agak genting. Saya tidak berdaya lagi. Sudah bercucuran air mata. Basah merata-rata - dengan muntah dan air mata dan air ...... Oh!
Kali ini kami ke Klinik Pakar Khadijah. Suami semakin cuak. Mummy is getting weaker (while sissy 'Aisyah' is getting wilder!) He wonder, is our baby growing? My weight drop lagi. Sudah jadi 86 kilogram! (as of last Sunday) Suami sempat bergurau... boleh dapat 60kg tak?

Di klinik, muntah dan muntah lagi. Doktor bagi peluang terakhir sampai esok. Tukar ubat lagi (sudah 3 jenis ubat tahan muntah!) dan kalini kena minum ORS. Lawan dan lawan lagi. Kalau kencing masih pekat, esok WAJIB drip. Oh tidak!

Hati saya berbunga riang melihat suami tersenyum puas melihat 'si kecil' yang nampak sihat di dalam sana. Dengan diameter 27 mm, nampak jelas nadi (atau mungkin jantungnya, saya tak pasti) sedang berdegup. Bayi anda okay - kata doktor! Subhanallah... Oh! Saya akan terus kuat melawan dugaan ini. Keluar dari bilik doktor, suami sempat berbisik : Abang rasa kalini boboy, sbb abg nampak **** dia! Suami saya amat berharap teman memancing nampaknya.

Alhamdulillah, ubat kali ini agak memberangsangkan. Muntah berkurangan. Tetapi saya tewas kepada cuaca panas dan kering sekarang. Malam tadi sekali lagi. Terkebil-kebil tak dapat lelapkan mata. Selepas subuh tadi cuba lagi sambung tidur, masih gagal. Masuk ofis pagi ini sedikit lewat.

Oh! Terlalu banyak yang saya ingin coretkan tentang Aisyah. Sungguh banyak. Sampai tidak tahu nk mulakan dgn yang mana. Saban hari ketika di ofis, saya akan terngiang2 suara halus manjanya : ayam mama....! (sayang mama...)

Saya masih Addicted to Aisyah!







0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker