Pages

Thursday, February 26, 2009

MALAS DAN TERPAKSA

.
Semlm ada kursus sehari suntuk di UKM - Dengan malas-malas, terpaksa juga pergi dan tongkat mata dan tadah telinga.

Balik dari UKM, suami remind lagi suruh minum susu - Dengan malas-malas, terpaksa angkat bontot ke dapur dan bancuh segelas susu.

Malam tadi kain berlonggok tak basuh - Dengan malas-malas, subuh tadi terpaksa juga gagahkan diri kaut semua kain2 tu bubuh dlm mesin.

Pagi tadi lupa bawak turun tupperware susu Aisyah ke bawah - Dengan malas-malas, terpaksa juga panjat tangga naik atas dan bawak turun tupperware susu tu.

Sarapan pagi tadi sungguh tak selera nk makan - Dengan malas-malas, terpaksa bancuh Nestum 3 in 1 utk buat alas perut sampai ke petang.

Harini kepala sebelah kiri masih berdenyut (migrain??) lagi (sudah berlanjutan 3-4 hari) - Dengan malas-malas, terpaksa juga datang kerja.

Tadi ada sorg Pakcik mintak tolong print kan penyata pencen dia - Dengan malas-malas, terpaksa juga menggodek website JPA.



Makcik Rehan sgt pemalas sekarang! Tolong jgn suruh dia buat apa2, atau tanya soalan yang membuatkan dia terpaksa berfikir - nanti dia akan buat dengan 'terpaksa' dan 'dengan malas-malassssss...



Yang pemalas,
Makcik Rehan.





0 Scribbles: