Pages

Powered By Blogger

Monday, March 23, 2009

BABAH SAYA YANG BIJAKSANA

.

Malam yang paling melucukan utk kami laki bini. Dan paling sengsara untuk anak kami, Aisyah.

Start dari Khamis minggu lepas, kami laki bini meroyan mencari stok susu Sustagen 1+ (Vanilla) utk Aisyah. Di Pekan Rasa tadak stok. Di Rawang juga tadak stok. Yang ada hanya perisa coklat dan madu. Mak Pak dia degil, tanak beli Enfa (mahal siot!)


Ini susunya. Sejak 2,3 minggu ni kami gilir2 bagi dia susu Enfa dan Susta. Time kaya bagi Enfa. Time hazab bagi Susta. (sengih) Fair enaugh kata Babah - same manufacturer, same flavour but one is cheaper.

Jumaat lepas balik kerja, saya sms Babah dia : Susu anak dah genting sgt, nak buat sebotol pon dah tak cukup. Balik ni WAJIB beli.

So, here comes the very bijaksana of Babah Mencah. Balik kerja pukul 7 mlm bersama twin pack of this susu....


Anmum Essential 1+ Plain Flavour! (diulangi... twin pack yer kawan-kawan)

Aisyah sgt excited! Choo chooo...... she said. Dia ingat Babah dia beli mainan ketapi sbb gambar kat kotak tu ada budak tgh main ketapi kayu. Tergedik-gedik dia bawak kotak tu kat mak dia and said : bukak! bukak! choo chooo....

*chooo chooo = ketapi

Jenuh nk explain kat dia... ni bukan choo chooo... ni susu. Dia geleng. Bukak! bukak! Saya sengih kat Babah dia yg bijak tu. Kalau kotak susu Sustagen memang dia kenal. Nampak kotak jer dia sebut - susu.

Nak puaskan hati anak, saya bukak jugaklah. Sambil ckp kat suami - kenapa beli Plain Flavour? Walaupun different brand, but at least kalau beli same flavour maybe dia tak kisah.

Suami saya yang bijaksana jawab - Alahhh... dia tak kisah punya. As long susu mesti dia bedal.

OK, kita tengok sapa yang kena!

Pukul 9 mlm as usual, si puteri hidung kepek dah melelong-lelong mengantuk. Bawak naik atas, buatkan sebotol susu Anmum Essential Plain Flavour. Baru suap masuk mulut, terus dia luah puting botol. Dia hulurkan balik botol tu kat saya sambil geleng kepala.

Lompat turun dari katil, membuas, memunggah dan ala2 memberontak sbb tak dpt susu yang dia biasa minum. Jenuh pujuk. Suap, luah. Suap, luah. Sambil geleng kepala.

Saya ckp kat Aisyah - jgn marah mama, tanya Babah kenapa dia beli susu ni.

Babah tak kuasa nk layan. Take it or leave it. Amboiii.... bijaknyer Babah.
Saya bukak penutup botol tu...hulur kat Babah. Cuba cium, bau sedap tak?

Muahahahaha.... bau susu plain sgt berbeza dgn susu perisa vanilla yang Aisyah biasa minum. Barula Babah dia sengih2 kerang busuk. Maaf ckp, baunya memang meloyakan.

Pujuk lagi ajak naik atas katil dgn bermacam-macam kata-kata manis. Aisyah baring, saya hulur lagi botol susu kat mulut dia. Tiba-tiba Aisyah luah botol tu sambil berkata : Kupi!

kah! kah! kah! kah! kah! kah!
Mujur tak reban katil tu kami laki bini gelak sampai kuar air mata!

Yes, Aisyah memang biasa minum kopi. Tiap kali mengandung saya penggemar kopi O. Bila saya minum dia mesti dtg mengendeng dan saya akan bagi dia sip some of it. Lepastu dia akan buat muka kelat dan said - Kupi! dan tak akan mintak lagi.

Mungkin bagi dia...susu plain flavour ni adalah sgt tidak sedap dan hazab mcm air kopi kelat yg mama selalu minum tu.

Saya ckp kat suami. Baik abg turun bawah ambik susu coklat mama, kita campur sikit kat susu plain ni bagi hilang bau yg tak sedap. So, babah yang bijaksana terpaksa akur dan terpaksa angkat montot dan turun bawah ambik susu coklat.

Saya pujuk2 Aisyah (by this time dia dah mula menangis. Sgt kesian!) Sejurus selepas dpt susu campur coklat, Aisyah terus barai sampai pagi! Hahahaha....

Anyway, susu coklat tu pon tak abis dia minum. Separuh botol kecik pon tak sampai....


Bersambung dgn entry baru bertajuk : NASIB BAIK MAMA SAYA LAGI BIJAK...

hehehehe....




0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker