Pages

Thursday, March 26, 2009

KENA LAGI


.
Haritu dh kena sekali masa kat Cash Dep. Machine Maybank. Makcik Rehan mamun tak cukup tido agaknya...salah tekan nombor akaun nk bayo kredit kad. Tah nombor sapa-sapa yg aku tekan. Jenuh la nk buat report, follow-up bagaiii....

Sat tadi...jadi lagi sekali. Ewww..... byk dosa kat laki la nih (tula, entry 2-3 menjak ni ala2 fire laki sundrik kann) Tadi Cash Dep. Machine kat CIMB plak mogok. Elok jer haku masukkan duit (nk bayo duit keta kontot) tetiba mesin tu tulis : URUSNIAGA ANDA SEDANG DIPROSES. Punyaaaaa la lamaaaa dia proses duit I yg berjuta-juta dlm tu...

Last2 terpaksa gak buat muka sememeh, gamit kat peon (memandai aku panggil dia peon) CIMB tu. Sib baiklah budak ni sgt pandai mengambil hati Makcik Rehan. So, I pon tak jadi nk marah-marah. Kami tunggu punya tunggu punya tunggu, tetiba mesin tu tulis camni plak : THIS MACHINE IS TEMPORARILY OUT OF SERVICE.

Ewwww... duit I ada dlm mesin tu hokkay. Resit apa bagai semua stuck. So, terpaksa la isi borang report, bagi IC, bagi alamat, bagi no phone (kalau I single lagi bestla jugak..boleh buat stok geli-geli gittew)

Pastu mat Peon ni pass I kat pegawai busat dia. Pegawai dia pon dgn penuh budi bahasa menerangkan kepada I gini...gini...gini....

Nak cakap apa lagi kan... angguk jerla. Tunggulah lagi 3 hari sampai payment tu di clearkan. Kalau tak clear jugak, kenalah calling-calling sana-sini. Harap-harap tukang tarik keta tak call mintak hutang keta bulan ni dlm masa 3 hari ini. Kalau depa call jugakkk.... siaplah kena maki dgn Makcik Rehan.

Anyway, ibuk-ibuk sekalian... I beli ni utk Mencah. I semekin la bulan ni. Beli mainan berharga rm8 shj. Nak pegi Mattel tak kesampaian....uhukkkk....


Ingatkan bunyi dia nyaring mcm dlm iklan TV. Ewww..... mcm music box nk abih bateri jer bunyik nyer. Itu belum lagi kena usung kehulu-kehilir dek Mencah karang. Bak kata Atuk Acan, jangka hayat mainan dia paling lama adalah 2 hari. Paling cepat, 2 minit!



0 Scribbles: