Pages

Powered By Blogger

Friday, March 27, 2009

SUAMI I BOROI TAPI TETAP HENSEM! CEWAHHH....


.
Sempena hari Jumaat yg mulia ni kan..saya dah bertaubat taww... tamau dah buat entry kijam pasal suami saya taww... (sila jgn tanya apa yg suami saya bagi mlm tadi sampai saya begitu tawadhu' hari ini yer...)

Ehemmm.... saper kata i gaduh dgn suami i... tak betul taww... ini buktinya. Suami i fwd emel 'manja+pedas' ni kat i pagi ni... hiks

*******************************************************

p/s : kalau mls nk baca pjg2, baca yg i highlight tu jer...
kaler oren = email asal
kaler merah = Makcik Rehan yang tambah

Suami boroi tanda bahagia?
SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,
Hulu Langat.

************************************************

Nak gelak guling aku baca emel ni taww....


Kita tengok apa jawapan pakar 'motibasi'. Baca yang i highlight jer senang.

*************************************************

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumahtangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah.----> Malangnya suami saya mendapat bini yg sgt MALAS turun dapo. Sib baik ada Nenek Onah...wakakaka.... Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.----> Errmmm..minat tu ada, tapi i alergic nk turun dapo..hehehe... Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu. ---> ini adalah sgt benar! Buktinya adalah Makcik Rehan sendiri...memasaknya haremm...tapi set pinggan mangkuk hayun kemainnn... Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.

Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain - boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit. ---> Ishhh..suami i kurus tau... at least kuruslah dari i .... muehehehe

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. ---> Oleh itu marilah kita pakat-pakat memboroikan suami kita... Mungkin anda terperanjat sekarang, namun itulah hakikatnya.

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga. ---> satu lagi alasan utk kita memboroikan suami kita kawan-kawann...

********************************************************

okehh... bahagian berikut tak baper sedap sikit..huhuhu...

********************************************************

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. ----> Ewww...seram nyah! Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang
mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk---> kalau zaman skang, botox la kekdahnya ekk... untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.


**********************************************

Haaa... tengok... betapa mulianya pompuan-pompuan mcm kita ni kan. Suami boroi mcm perut nk meletup pon kita sayang jugak kan. Alah bang, apa sgtla kami ni montel sesikit tu... kang kuwos cam papan abg kata plywood plak.... terimalah kami seadanya sebagaimana kami menerima suami-suami kami seadanya. Kekekeke....

Nota : Ada explaination dari segi seksologi jugak. Tapi i malas nk tepek kat sini. So, bahagian itu telah diedit. Tak susuwei utk bacaan Mencah yg blom cukup umo. Ahaks...


Happy weekend olls!




0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker