Pages

Thursday, April 16, 2009

LIFE IS UNFAIR... AT LEAST FOR ME


.
Dengan tersiarnya entry ini, saya bersedia menerima cacian dan kutukan daripada isteri-isteri mithali (dan mungkin juga somi-somi lindungan kaabah) di luar sana. Kalau mak saya, kompom dia kata : Hang ni tak gheti bersyukoq...berapa ramai pompuan kat luaq sana kena hamput dengan laki...dengan mak mentua...

Entry ini adalah segmen Cik Seri Siantan di mana pengadunya adalah Makcik Rehan sendiri. Sapa2 nak jadi 'Ustazah Bahyah', dipersilakan. Sapa nak jadi 'nasik tambah' juga dipersilakan... Sapa takmau kata apa2 pn bagus, dok diam2 yer.... mak nak buat keje sikit nih.

********

Saya lulusan unibesiti (well walaupon CGPA aku ala2 hazab kann..) dan bekerja sebagai Pegawai Tadbir Kerajaan Gred N41 (walaupon taraf jawatan aku mulia sikit jer dari buruh binaan 'kontrak' kan..) tapi dengan gaji yg aku dapat tiap2 bulan ni, patutnya aku lebih dari mampu untuk duduk rumah sendiri walaupon hanya menyewa umah flet tingkat 5 sekalipon. Tapiiii.....

Somi saya pong lulusan unibesiti (CGPA dia lawa la dari aku) dan dah keje sebagai engineer dekat 7 tahun dengan kompeni yang boleh tahan besau (tapi pangkat tak naik-naik!). Gaji dia banyakkkkk dari aku yang buruh kontrak ni. Agak2 korang, sepatutnya kamini mampu tak nk menyewa umah kecik kat Hulu Selangor @ Rawang nih? Hellooo.... bukan Damansara, bukan KL, bukan Gombak, bukan Ampang atau bukan Bangi ke hapa okehh... Rawang yang hulu banat okeh! Hakikatnya.....

Dari sehari ke sehari..... dah tak larat dah aku menunggu wehhh. Saya sudah jemu dengan semua-semua ini. Buat macam tak ada apa2 berlaku. Telan sajork apa yang ada depan mata. Sampai rasa dah tak ada muka manis yang nk ditunjukkan. Sampai tak ada apa2 lagi nak diperkatakan. Sampai kadang-kadang rasa mcm dah tak ada kenikmatan hidup berkeluarga.

Rasa macam nak lari dari rumah sehari dua, tapi saya nak lari pi mana? Tapi heran jugak, kepala otak pikir nak lari dari rumah, tapi jiwa saya akan counter balik dengan persoalan2 berikut :
- Nanti mak/pak mertua kata apa?
- Nak lari bawak anak ker? Haruslah lagi kecoh 7 petala langit nanti!
- Kalau tak bawak anak? Gilerr...mana boleh tinggal nyawa saya tu!
- Nak balik rumah mak kat Perak, sakit jantunglah mak ayah saya. Selamani dia ingat kami sgt bahagia macam pasangan semanis kurma kat TV9 tu.
- Nak tumpang umah Zalia sehari-dua, tak malu ker menyusahkan orang? Satu Tg Malim kecoh nanti. Dua perempuan gemuk kena tinggal dgn laki!

Kenapalah saya tak boleh 'berpikiran singkat' macam dlm drama kan? Rasa nak berambus, selamba kemas2 beg, berdesup keluar! Mungkin sebab mak dah hantar saya masuk unibesiti, sbb tu saya masih rasional. Cewahh...

Anyway, selesai ker masalah kalau saya lari dari rumah? Lepas balik semula ke sana, kena jugak hadap benda yang sama. Dan kalini lebih teruk lagi sbb muka makin tebal sbb malu kat keluarga mertua kan?

Saya bukan benci kepada sesiapa. Diulangi bukan benci okeh! Mana mungkin saya nk benci bapak kepada anak saya sendiri serta datuk dan nenek yang menjaga anak saya mcm menadah minyak yang penuh dan menjaga makan minum saya (walaupon saya tak pernah mintak itu semua). Tapi sampai satu tahap (sudah 3 tahun okehhh!) saya sangat..... tak tau apa perkataan yang sesuai. Mungkin juga sedah jemu dengan semua ini. Semua ini bukan saya. Saya semakin hilang 'diri saya'. Saya dah biasa hidup susah. Selesaikan semua hal sendiri tanpa campurtangan mak ayah. Dari tingkatan 1 sampai 5 duduk asrama. Dari matriks sampai grad. Dari kerja sampailah kawin, i lead my own life. Tapi lepas kawin, gedebukkkk.... rasa mcm kepala kena hempap. Dari minggu ke bulan, ke tahun... skang dah dekat 3 tahun. Dari berdua, sampai bertiga dan sekarang nak masuk 4. Daripada 60 kilo sampai jadi 90 kilo! Dah habis watak dah saya berlakon okeh!

Ada pasangan laki-bini dengan gaji yang tak seberapa, tapi sangat bahagia dengan kehidupan 'sendiri' seadanya. Saya nak yang macam tu, di mana saya bebas menentukan hala-tuju hidup saya. Saya nak bebas memasak tanpa rasa malu (sbb aku sgt tak pandai masak!), saya nak bebas beli apa2 lauk yg saya nak, jenis ikan yang saya nak, jenis kicap yang saya nak, jenis sabun dan softener yang saya nak, jenis segala jenis lah!

Saya tak kisah kalau tak ada lauk di depan mata bila balik kerja (saya boleh tapau marrr...), saya tak kisah kalau kain baju saya bergunung tak dilipat (bila2 free saya boleh lipat kannn...), saya tak kisah kalau anak saya selerakkan rumah dari pintu depan sampai pintu dapur, anak saya muntah di depan TV sekalipon...banyak lagi yang saya tak kisah... tapi sekarangni, semuanya saya terpaksa kisah dan selesaikan semuanya walaupon pinggang rasa macam nak tercabut! Helloooo.... mak mertua mana suka tengok rumah dia bersepah? Oleh sebab saya ni rasional, saya tak boleh nk buat tebal muka dan biarkan keadaan rumah berada dalam 'tak kisah'.

Saya penatlah kawan-kawan. Saya sangat sedih dengan situasi ini. Kami tidak bergaduh jauh sekali berperang. Semuanya berjalan seperti biasa - seperti tiada apa2 berlaku. Saya berasa sangat hampa dengan ketidakmampuan diri saya mencapai apa yang saya hajati dalam rumahtangga saya. Setiap kali masuk ke rumah itu, kadang-kadang saya rasa macam nak meraung, kadang-kadang rasa nak maki hamun, kadang-kadang rasa nak mengamuk, kadang-kadang rasa mcm nk hantuk kepala ke dinding. Tapi tu semua tak pernah berlaku. Kalau semua tu 'cuba' berlaku... saya dah pon berada di dalam bilik air - menangis semahu-mahunya sampai bengkak mata. Bila bengkak mata dah surut, saya keluar dari bilik dengan muka manis seperti tiada apa-apa yang berlaku bagaikan seorang isteri yang sangat bahagia dengan kehidupannya.

Dan sehari-dua ini, perasaan hampa tu macam dah tak dapat dibendung lagi... betul2 rasa mcm nk hantuk kepala ke dinding.





0 Scribbles: