Pages

Powered By Blogger

Sunday, April 12, 2009

SHE GOT THAT FROM TV!

.
Jumaat lepas, masa singgah kat 99 Speedmart dekat umah, ada apek jual DVD non-halal (sengih). Dari dulu lagi saya bukan suka sgt membeli VCD atau DVD (kalau yang halal lagiiiiii la haku tak beli :p) Biasanya saya suh hubby yang belikan kalau ada citer yang saya bekenan nak tengok. Tapi haritu saya gatal kaki singgah tengok2 DVD yang melambak atas meja Apek tu. Saya nk cari DVD kartun utk Aisyah. Tak byk choice...yg ada NEMO, MADAGASCAR dan beberapa kartun lain yang Aisyah tak berapa familiar. Di celah2 DVD tu tetiba nampak THOMAS & FRIENDS. Saya tertarik dgn yang tu coz Aisyah mmg familiar dgn 'choo-choo' Thomas. "8 ringgit saja - kalau gambar hancuss kak boleh dtg sini tukar. Saya jamin gambar cantik sbb kita copy dari Original DVD"



Inilah dia cover DVD nya. Sapa ada siri2 yang lain, mai bagi saya pinjam nk copy! Hahaha...


Wallaweyyy...pembelian yg sangat berbaloi okeh! Gambar sgt cantik. And the best part, kartun tu 3D - tak macam yang dlm PHDC atau CERIA. Terkesima kami laki bini tengok 'manusia2' kat Sodor Island tu bergerak. Babah Mencah tak abis2 dok cakap... hensem pulak ketua stesen yang gomok nih :P

Minggu depan nk singgah lagila kat kedai Apek tu. Hehehehe.... Syok tawww....anak saya sgt excited tgok kartun yang 'hidup' mcm tu. Sepanjang hari dia nyanyi lagu Thomas dlm bahasa Jerman. Lepas habis 6 episod Thomas, ada pulak promo Roary - the racing car. Suka sungguh anak saya, dan diulang2 pulak nyanyi lagu Roary dalam bahasa Tagalog. Hihihi....

Semalam (Sabtu) masa jalan2 kat booth dlm Tesco, tersinggah kat kedai jual baju-bajan budak2. Belek punya belek, saya terjumpa beberapa helai T-shirt pada harga yg sungguh patut (murah la weyyy.... kalau tak murah mana aku nk jejak kedai tu). Dan saya pon 'halau' hubby suh pi masuk Tesco dulu dgn Aisyah supaya saya boleh membelek baju-baju kat situ dengan aman. Hehehehe. Laki i bukan suka dok terpacak lama2 kelebek barang.

Dan saya pon beli baju-baju dengan gambar-gambar seperti di bawah :

p/s : Gambar ori ampun mahapla aku nk snap. Mampuih kena kutuk dgn laki aku poyo2 tangkap gambo baju bubuh kat blog. Nanti bebila i tangkap gambo baju tu bersama modelnya. Takde la obvious sgt laki aku tengok nnt. Hehehe.



Aisyah sebenarnya tak biasa tengok kartun spesis2 Barbie ni. Tapi sbb nk bagi dia ni 'ladylike' sikit kannn...saya beli jugakla T-shirt gambar 3 princess ni.

Surprisingly, bila nenek tanya kat dia: Aisyah gambar apa ni...
Dia jawab: Tinkerba!

Wahhh...mak dia sgt bangga okeh! Dia hanya sekadar tengok iklan kartun Tinkerbell tu kat TV tapi dia boleh relate dgn spesis kartun Barbie ni kan.

Saya menyampuk : Salah lah.....
Dia jawab semula : Pwincessss!

Saya bertambah syokkkk! Hahahaha....




Yang ini memang dia tergedik-gedik menjerit : go! go! go! (Go Diego go!)
Kalau kartun yang melompat-lompat mcm ni tak yah heranlah... memang makanan dia hari-hari...




Yang ini saya pon tatau kartun apo! (lepas tanya Pakcik Google baru tau - ini si kucing aristocrat, Marie. Also from Disney) Saya beli sbb Aisyah suka kucing. Bila tunjuk kat dia, spontan jer dia mengingau mcm kucing gatal :p




Yang ini dia sebut : Dulah!
Dolah pon Dolah la naaaakkk....



Dalam keta masa on the way nk balik dari Tesco, hubby bagi sepotong ayam madu panggang yang kami beli tadi.

Tengah dia sedap2 makan, saya tanya : Aisyah, sedap tak?
Dia jawab : Decious!

Nak tersedak Babah dia dengar!
Mana belajar 'delicious' ni? Babah tak ajar sampai syllabus tu lagilah.

Saya gelak dan bagitau hubby that she copied it from kartun Dolah (Dora) la tu. Kan ader part yang back pack dia sebut : Nyum! nyum! nyum! nyum! nyum! Deliiiiciousss!

Itulah Babahhhh.... tak nak spend masa dgn Aisyah lately. Seronok taww melayan anak yang tgh 'explore' their surroundings. Their small echievements membuatkan hati kita berbunga-bunga kannn.... (mak-mak memang over sikit banding dgn bapak-bapak!)

Saya rasa bukan anak saya sorang jer yang 'hantu' kartun kan? Kadang2 kita sampai rasa nk muntah hijau dok tengok kartun yang sama diulang-ulang sampai 2,3 kali sehari kan? But, I seriously think that there are also good things on that. Vocab anak saya berkembang pesat hasil asuhan PHDC. Hehehe. Ayat-ayat yang kuar dari mulut dia (siap dgn gaya hokkay!) sebijik-sejibon mcm dalam kartun. Kadang2 kami satu rumah dok main teka-teki, sibuk meneka yang ini dari kartun mana dan mana.

Bila teringat telatah anak-anak, membuatkan kita mak-mak yang tgh makan gaji buta bekerja rasa nak balik dan-dan tu jugak ke rumah kan?


Sekian utk mlm ini. Esok Isnin saya kena mengadap misi Klinik Kg Kenanga. Depa dah call pasal saya patutnya dtg minggu lepas, tapi i malassss. Esok kena cucuk jari lagi, mencik ah!


1 Scribbles:

purplelicios said...

so many cartoon picture!



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker