Pages

Powered By Blogger

Tuesday, April 7, 2009

TEETHING AGAIN


.
2-3 harini Aisyah asyik meragam. Asyik melaga-lagakan gigi atas bawah. Asyik kemot-kemotkan mulut. Sekali sekala dia dtg mengadu...akittt...

Mula-mula sekali sekala jer dia mengadu. Tapi sejak semalam makin kerap. Manjanya dah lebih 100% (200 peratus kata Atuk Acan :P) Bila nampak Babah dan Mama dah balik kerja lagilah menjadi-jadi. Nak duduk diriba semedang. Mulalah makan tak kena, minum tak selesa.

Nenek kata geraham dia tumbuh lagi. Yerrr..anak saya kalau tidak sakit, tidak demam... dialah penghulu rumah! Kalau sakit... siaplah. Semua tak kena.

Saya baru tolak pintu pagar nak masuk rumah (baru balik kerja) dia dah meluru ke pintu sambil mengadu... akittt.... Saya masuk rumah, dia sambar plastik telekung saya (dia ingat ada ole2 utk dia mcm selalu) Tapi saya tak beli apa2 semlm. Hujan lebat. Dia mula merengek mintak didukung dan diriba. Anak manis mama...kasihan sungguh.

Dan 2,3 hari ini saya juga tak berapa selesa dgn diri. Makan tak lalu dan perut mula masuk angin. Ahad muntah. Isnin muntah. Dan pagi tadi juga muntah teruk. Dan pagi tadi terpaksa makan ubat angin semula. Bilalah saya dapat 'buang' semua pil-pil tu...ohh...

Petang semalam, sambil meriba si kecik saya dah mula rasa loya lagi. Lantas berlari ke bilik air. Mujur sempat. Muntah membuak-buak. Keluar dari bilik air, ibu mertua saya tegur, kenapa biarkan perut kosong. Pergilah jamah sikit nasik tu. Ohhh...kalaulah saya boleh jamah apa saja yang ada di depan mata. Masalahnya, belum pon masuk ke tekak - melihat makanan pon saya rasa perut dah mula menolak-nolak.



*People said it helps to ease teething pain. But it didn't work for Aisyah :P*



Petang semalam juga, sementara saya jamah nasik sikit, suami memujuk si kecik utk minum woodward gripe water - to ease the teething pain. Trauma sungguh nk bagi si kecik mkn ubat. Meraung-raung mcm kena dera. Terpaksa dikepit dicelah peha. Saya yg tengok pon kasihan. Umur dah 2 tahun tapi masih terpaksa guna syringe. Selepas bolos dari pegangan babah (ubat dah masuk mulut) Aisyah datang menangis teresak-esak dipangkuan saya. Saya pujuk-pujuk. Dalam sisa tangis, tiba-tiba mmmbuakkkkk!

Yerrrr...dia muntah selambak di peha saya. Itu tak apa, yang tak enaknya...dia muntah atas carpet. Itu yg buat saya sesak nafas melihatnya. Dan kerana anak saya seorang 'pemuntah' jugalah, kami laki bini berazam utk tidak 'berkapet' di rumah sendiri nanti. Beginilah jadinya setiap kali Aisyah demam. Muntah dan muntah. Dan rumah Nenek Onah ni bercarpet tebal, melekap ke lantai dari tingkat atas sampai ke bawah, di dalam dan luar bilik! Aduhaiii....

Mana nak habiskan makan, nak pujuk anak yang menangis dan muntah, nak menjengkek ke bilik air dgn baju yang lencun kena muntah dan nak mengelap dan mengemop. Mujur suami 'angin baik' sikit semalam. Dia uruskan Aisyah. Saya habiskan makan sikit lagi dan Nenek Onah tolong lapkan muntah. Itu yg buat saya serba-salah. Mesti Nenek Onah (yg sgt pembersih) tak puas hati kalau kami yg cuci muntah di carpet tu. Ohh mak..maafkan saya. Sesungguhnya selama ini saya sentiasa cuba membersih sebersih-bersihnya setiap kali anak saya tumpahkan air atau kotorkan carpet.

Selesai membersihkan diri di atas, saya turun ke bawah melayan si kecik. Masa tu nk marah pon ada, nk ketawa pon ada. Dia tergedik-gedik menyanyi dan menari menonton Word World! Walhal baru 10 minit tadi dia dah mendera seisi rumah dgn tangisan yang kuat berserta muntah membuak. Nampak sahaja saya turun dari tangga, automatik dia tukar tune. Terus datang mengendeng kat saya sambil merengek...akitt... lantas melentok diriba mama....



*Welcome to the world, where words come alive*



Kami suami isteri geleng kepala melayan 'drama' si anak.... dialah madu, dialah racun. Anak mama cepat sembuh yaa....




0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker