Pages

Powered By Blogger

Friday, May 1, 2009

CARDIGAN UTK ORG GEMUK


.
Ini bukan saya. Sangat2 bukan saya. Saya sgt buta fesyen [dan memang tak ambik tahu pasal fesyen langsung]. Jadi, jangan ingat entry ini sebagai satu tips atau petua berfesyen. Dan jgn pulak anggap tiba2 Makcik Rehan buang tebiat nk perpesen-pesen dikala kebuncitan okeh!

Saya benar2 memerlukan bantuan [terutama mereka2 yang sama size dgn saya]. Saya ada membeli 4 helai baju mengandung [nak kata blouse bukan, T-shirt pon bukan] yg kembang semangkuk. Masalahnya, lengan baju ini sgt pendek [terserlahlah lengan balak i] dan lehernya pula sgt luas [menyerlahkan *tuuut* i] kesimpulannya, sedap dipakai oleh tuan punya badan tetapi hazab dipandang oleh orang lain. Got what i mean?



Bajunya lebih kurang begini, tapi materialnya mcm kain T-shirt [senang nk meregang seiring dgn pembesaran i]. Lengan bajunya memang sontot mcm ni tapi lehernya tersangatlah luasssss.....



Bukaan lehernya lebih kurang seluas ini. Tapi pompuan dlm gambar ni *tuuut* nya kocik, so tak la hazab nau dipandang. Makcik Rehan ko jgn tanya la kan...champion punya, sampai nampak belahan dedua.


OK, apa masalahnya?

Masalahnya adalah, oleh sebab baju ini memang sgt sedap [dan lazat] dipakai sbb angin boleh menerobos masuk dgn senang sekaligus mengurangkan kerimasan akibat kegatalan, saya amat teringin nk memakai baju ini di luar rumah.

Hilang akal la kan kalau nk pakai baju ni as it is. Jadi, saya ingin mencari sehelai cardigan atau coat atau jacket atau apa2 shj nama yang mungkin biasanya disebut oleh orang2 fesyen...untuk disarung diluar baju ini.



Sesuatu yang seperti ini barangkali. Ohhh...nampak sungguh selesa. [tiba2 aku teringin nk kurus mcm pompuan ni!]



Atau mungkin juga yg begini. Leher yg luas tu bisa ku tutup dgn tudung.


Ini juga masih waras....



Yg begini juga nampak selesa. Yang penting *besau* dan *lebau*





Tapi...tapi....tolong jgn cadangkan sesuatu yang seperti ini kat Makcik Rehan yerr... Mampus aku tercekik takleh bernafas. Tersembul2 semua kuar. Silap2 abis semua button tu terpelanting!


Fesyen begini sesuai kalau korang cadangkan utk Makcik Rehan semasa beliau dalam darjah 6.



So, siapa2 yang ada info kat mana i boleh cari sesuatu yg MUAT dipakai dan SEDAP dipandang serta MAMPU dimiliki, silalah kepoci kat saya ya. Mekasihhh....

Selamat berhujung minggu semua!


0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker