Pages

Powered By Blogger

Sunday, May 10, 2009

THE RED WALL


.
Semalam kami mengecat umah. Dengan bantuan adik pompuan i. Oleh sebab Nenek Onah takde kat umah [ade aktiviti belajar memasak], si Mencah terpaksa di bawak bersama. Dannnn..membawa Mencah bersama tatkala operasi nk mengecat nk dilaksanakan, adalah satu kesilapan yg sungguh besau. Nantilah i buat entry berserta gambar bukti si kecik ni 'menolong' kami dgn jayanya.

Master bedroom dah 90% siap. Tinggal nk buat finishing kat siling. Kami tak daya nk panjat tangga. Pakcik Sepol akan setelkan hok yg tinggi2 tu. Feature wall yang nk dicat merah tu pon 90% dah siap. Pagi ni nk kena beli satu tin kecik lagi utk buat 2nd layer. Berbelak-belak dinding tu sbb cat tak cukup. Merahnya mak ngah.... no komenlah. Sbb ni Pakcik Sepol punya pilihan. Kaler soft grey yang i pilih utk other walls adalah sangat marvellous hasilnya! Kembang kuncup montot i sbb eksyen dgn Pakcik Sepol. Hehe.

Sangat penat. Bukan penat mengecat, penat mengawal selia budak nilah! Mlm tadi, sakit2 satu badan. Pagini mcm kena pi KL carik curtain. Tapi kena pegi sendiri..Pakcik Sepol nk setelkan hal mengecat. Kalau aku pi sendiri, tak kan nk bawak Mencah? Adui..putus pinggang i. Nak tinggalkan kat Nenek Onah, serius i segan lorrr.... Biasanya kalau selain weekdays, Mencah ni kami hangkut kemana sahaja kami pegi. Segan nk nyusahkan org tua, kasi chance depa nk rest dihujung minggu kan. Tengoklah camana nanti...



The Red Wall of Sepol. Snapped using henpon. Nampak kan kaler dia tak sekata, berbelak-belak. Kena touch up balik pagini.




I was hoping that it will turn out to be as nice as this!
Salah scheme color ke ni bang?


Gambar Grey Wall of Rehan nanti esok i tunjuk. Wayar kabel kamera tertinggal kat PID lak.





0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker