Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label HOUSE. Show all posts
Showing posts with label HOUSE. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

SEMAK MATA MEMANDANG

.
Akhirnya awning utk poch keter dah siap. Punyala lama menunggu Indon2 tu buat kerja. Dekat 3 bulan hokay! Padehal rumah kami adalah betul2 sekangkang kera. Sila jgn tanya aku sapa contractor yg buat - Sumpah tanak rekomen kat sapa-sapa!

Hasil kerja? biasa2 saja lorr. Buat bumbung jer kan, sama jerla mcm contractor lain buat. Tapi... tapi... tapi... i am very the hangin bila tengok saki-baki kerja yang tak dikemaskan. Padehal, peti sampah [panggil peti ker ekk?] betul2 ada kat sebelah tu jer. Hazabnya lah depa ni buat kerja. Si Mencah lak memang pantang nampak mender2 yang bukan sepatutnya jadi mainan - yang itu yg dia nak main! Makanya, terjerit2lah haku kat dia setiapkali nk kuar masuk dari keter. Abih... kesitu jelah tujuannya....



Ni ada selonggok saki-baki zink yang depa biarkan jer kat tepi pagar. Tajam bergerigis. Kalau kena kat kaki si Mencah yg lagi suka tak pakai kasut dari pakai kasut... apa citer?



Ni lagi selonggok!


Nak tunggu PS aka suami mithali ku yang bersihkan zink2 tu jgn haraplah... Laki i very the rajin mcm bini dia jugak kan. Last2, apak mertua ku yakni Atuk Acan yang membersihkan semua2 tu. Hehehe.. kami bukan tamau buat Abah, kami sibuk sikit. Cadangnya nk buat hujung mingguni, tapi tengok2 Abah dah bersihkan pulak [siot jer kan ayat aku] Tima kasih Abah.... :P


Yangni citer sampingan. Supaya korang semua dapat bayangkan betapa semak-samunnya porch sekangkang kera kami. Kami tak beli pon ampaian besi nk sidai kain tu. Sebabnya mender tu mkn ruang. Nanti porch ni tak muat nk letak si kontot dan si merah. So, i main sidai jer kain baju yg besar2 kat pagar hijau, dan baju mencah yg kecik2 pulak i hang jer kat penyidai kontotni. Janji kering. Nanti bila dah kuar baby lagi satu, mesti umah i jadi gelap sebab keliling pagar semua kena block dgn kain kan? Very the selebet lah jadinya. Keh keh keh.. hada aku kesah?



Hazab tak hazab... rak kasut pon bertagak-tagak nak beli!
Berterabur kat depan pintu.


Jadinya, moral of this entry adalah : Kalau sesapa yg bercadang nak beli umah... kalau ada duit lebih sikit tu... belilah umah yg besar yer. Sekian, harap maklum.

Selamat Hari Jumaat!






Friday, July 3, 2009

TUPPERWARE - VERSI TAK SEDAR DIRI

.
Hutang piutang byk yg blom bayar. MR dah mencarik pasal nak membeli mender2 merepek berikut. I really need to re-organize my kitchen. Rempah-ratus, biskut, kerepek segala semua main kepit2 jer plastiknya. Sangat kekurangan container [ciss... alasan semata-mata! padehal melambak-lambak container murahan dok jual kat Tesco nun]



Siap ada stand mcm ni, best kan?



Botol air mineral melambak-lambak kat umah tu. Nak beli water filter ala2 bio-aura adalah sungguh tak tercapai dek akal ku. [Jangan terasa yer para peniaga Hai-O sekalian]. So, i was thinking of getting any of these 3 containers to store plain water. Senang boleh tuang air mineral yg 5 liter tu dlm ni dan senang jugak utk dispense kan? [silalah bersetuju dgn haku weiii... kasi la moral support sikit]


Option 1 : can fit 14.5 liter. Besau godang kan?




Option 2 : Can fit 8.7 liter




Option 3 : Can fit 8.7 liter





Yang ni memang betui2 cari pasal lorr.. Mengada-ngada nak simpan bawang, kentang pon dalam bekal yang sungguh stylo mylo cenggini [tepuk dahi!]

Hari Jumaat yang mulia ini nampaknya memang bakal membuahkan pasal kepada Makcik Rehan. Bak kata penjual Tupperware tu kat i semalam...

.
.
.
.
.

Biar Makcik Rehan menyesal sebab beli, jangan menyesal sebab tak beli!






Thursday, July 2, 2009

ELBA DAH JAHANAM


.
Kan i dh penah ckp... i cukup takde hati dgn brg brand ELBA nih.

Buktinya, periuk nasik i dah jahanam... baru jer pakai tak sampai 3 minggu. Tu pon bukan hari2 i masak nasik. Bayangkan, periuk nasik tu rosak masa rumah kontot i tu dipenuhi dengan tetamu. Mak, ayah dan adik-adik dok bergenut kat rumah. Lampu dah tak menyala, dan nasik i tak masak-masak.

Tapi.... tapi.... nasib baik periuk nasik tu bukan i yang beli. Ianya adalah hadiah kawin dari my ex-manager kat kompeni lama [anyway, thanks yer En. Bakar] Mungkin sbb dah terlalu lama disimpan dan tak pernah dipakai, periuk tu pon rosakkkk....

So, skangni MR masak nasik pakai dapo gas. Ewww... sgt leceh taww. Sebab kena duduk di dapo dan tunggu sampai nasik tu masak. Kalau i sambil buat kerja lain, alamat.... hangus!

Macamni lah lebih kurang periuk nasik yang dah jahanam tu.

Kesimpulannya, i dah kena 2 kali yer kawan-kawan. Sekali dengan seterika, dan sekarang dgn periuk nasik pulak. Mungkin dgn org lain okay... dgn MR jer brand ELBA ni meragam tataula kannnn... Renung-renungkan dan selamat beramal.




Friday, June 12, 2009

SELASA, RABU DAN KHAMIS


.

Inilah yang berlaku. Eeeiii... penat okeh!

Petang Selasa MR pi TM Point Rawang. Register phoneline [demi 16k kannnn... kenalah transfer line streamyx i tu]



Al-mangkuk tingkat wal mangkuk jamban betul la mamat kaunter tu. Aku tanya siap2 dah kat dia, nanti streamyx akak boleh log-in auto jer ker kat no baru ni? YES kata dia. Kalau ada masalah, puan talipon no #100 tu jer. Sekali aku tak leh log-in. Pastu aku call no #100 tu, operator tu kata Puan kena isi re-location form kat TM Point untuk transfer nombor dan lokasi. ^%$&#%**% !! Eiiii.... patutla mamat ni mcm blur2 jer masa explain kat aku. Apa aku tanya kat dia, dia tanya balik kat minah sebelah dia. Ini mcm punya worang pon TM boleh hire ka? Menyesal aku bagi rating 4-star kat borang evaluation dia. Hampeh! Tak pasal2 ptg karang aku kena hadap muka toye dia lagi. Siaplah ko... aku nk bambu kaw2 dia nanti!



Setel kat TM, i berdesup pegi HSL Rawang. Beli ini. I nk cari Kenwood yg mcm ni...,

... tapi, yillek pochik!




So, i ambik yg mcm ni... PHILIPS. Jadilah kannn.. ada iras-iras.


Hari Rabu plak, pepagi masa nk hantar Aisyah pegi nursery, mcmni lah keadaan keta kontot i. Sarat-barat dgn brg2 yg nk hangkut bawak pi Tmn Bayu.

Ni baru separa penuh. Lepas snap gamba ni, haku sumbat bubuh kemain byk lagi brg sampai takleh nk adjust seat aku ke belakang!



Elok jer lepas hantar Aisyah, contractor dan plumber sampai Tmn Bayu.
Mamatni tgh drill tiles utk lubang 'naga silver'




Ni Apek plumber tgh pasang sinki dan paip.



Ni Apek pasang aircond.



Hari Rabu tu jugak TM datang pasang telefon dan Apek Babylove datang hantar baby cot. Apek tilam pon datang hantar tilam. Yang tak datang-datang tetapi yang SEPATUTNYA datang adalah indon pasang grill dan furniture Cavenzi. Astro pon janji nk dtg Rabu, tapi tak datang - esoknya baru depa datang. Hangin betul aku dgn indon buat pagar nih. Punyala lama wehhh.... Cavenzi ni pon satu hal. Dari 30 May, tunda ke 10 June, pastu mintak tunda lagi ker 20 June! Mengamuk la Pakcik Sepol [sebelum bini dia mengamuk kat dia, dia siap2 mengamuk kat SA tu dulu] Dan-dan tu Apek tu revise, kata depa cuba hantar harini [Jumaat]. Mula2 kata nk hantar pukul 5 petang, sat tadi PS talipon i bagitau depa anjak ke pukul 8 mlm. Elokla tu... mai la hantar kol 12 mlm terus... boleh la korang terus tumpang bermlm kat umah kontot aku tu!

Macam-macam hal kan? Masa siang aku kemain meligat kesana-sini, bila mlm jer mulalah nk meraung sakit pinggang segala. Adehh....

Nak tau KISAH MALAM PERTAMA kami? Hazabbb....


next entry ekk... hihihi.






FRIDAY, HOYEH!!


.

2 hari MR tak online. Rindu i tak? keh keh keh...

Sudah 2 mlm kami 3 beranak bermalam di Tmn Bayu. I sudah jadi mem besar di rumah sendiri. [sila bayangkan MR sedang sengih sampai nampak gigi bongsu] Terlalu banyak dan panjang kalau nk diceritakan satu-satu. [haku pon tatau nk mula kot mana...]

Aisyah dah boleh dikatakan 100% okay dgn nursery baru dia. Dah tak nangis lagi. Siap boleh melambai-lambai kat mama dari sebalik pagar. Yup, saya kena redha lah pasal hingus yang asyik berselepet, batuk-batuk ringan dan selsema yang dia kutip semasa 'bersosial' dgn bebudak lain kat sana. Bak kata Pakcik Sepol, adatlah... hidup bermasyarakat. Scotts Emulsion pon dah beli semalam [sebelumni pon dah penah beli tapi dia liat sgt nk makan, tak tau sapa yg habiskan dlm peti ais kat umah nenek tu]

Menguruskan segala-galanya sendiri adalah SANGAT PENAT dan MENGUJI KESABARAN. Terutama masa Astro belum pasang. Aisyah kehulu-kehilir ikut bontot mama. Buwinggg.... kata dia. Babah dia pasang PS pon tak layan. Sampai MR tak boleh nk buat kerja sbb dok sibuk melayan budak bertuah sorangni.

So, semalam Astro dah pasang - dan Aisyah mcm penagih jumpa candu. Tak berkedip, tak berganjak dari mini sofa dia tu. Dari hall dia main order saja kat mama... nak shushu...!

One thing, cuaca di malam hari adalah sangat berbahang. Siang still ok, kami boleh bertahan tanpa aircond. Tapi di mlm hari MasyaAllah..... sangat-sangat panas berbahang. Asyik dok ulang dapo minum air. Aisyah toksah tanya la... susu semedang. Malam pertama kami di Tmn Bayu agak kartun sikit, PS asyik dok on-off aircond. Bila terasa panas, on sekejap. lepas 5-6 minit bila dh rasa sejuk off balik. Sepanjang mlm sampai 4-5 kali dok buat mcm tu. Mengekeh i gelakkan dia. Save cost kata dia. Hazabnyer bang. Hahaha..

Tapi mlm tadi, kose dah nk pikir save cost, bajet apa segala. PS on aircond dari maghrib sampai awal pagi. Sampai i pulak yang kena kejutkan dia suh off aircond sbb tak tahan sejuk. Bajet konon... Hot-hot chicken shit la you bang. Hehehe.

Think back, sib baik dapat aircond free kan? Nak harap beli sendiri...adoyai.... haremmm!
Dah la kat PID ni pon aku menggeletis kepanasan, balik umah plak bagai kena panggang dlm oven. [eh, boleh kurus cepat la pasni... sauna kekdahnya!]

Pasal memasak plak, i dah test drive dapo baru. Awww syiok! MR buat nasik goreng bodow utk Mencah breakfast sebelum pegi skul. PS pon bawak bekal pi opis - sampai ke tengahari dia kena hadap nasik goreng bini dia tu sebab i bubuh banyak kemain dlm tupperware dia. Muahahaha.. kata nk bajet kan banggg....

Dan Mencah buat lawak plak petang semlm, nampak jer i pegi dapo pegang kuali dia kata, Mama... nasyik goweng? Bila ambik dia dari nursery, i tanya dia... Aisyah nk makan nasik? Nak... nasyik goweng! Adehh.... balik-balik nasik goweng yang disebutnya. Hazabnya mak ko kan nakkk... pandai masak itu jer ker kot. Hahaha...

Til then, selamat berhujung minggu semua. Gambar-gambar yg dok ada ni i kena buat siaran tertunda la nampaknya. Streamyx kat umah baru depa blom configure, so i belum boleh log-in to my account.

Cheers!




Tuesday, May 26, 2009

LLN = LANGUT-LANGUT NAIK


.
Ada saki-baki pic yang i snap semalam. Pakcik Sepol dan plaster ceiling beliau. Bolehla ekk..buat entry tangkap muat sessi pagi...



Tu Pakcik Sepol. Aku tak bani suh dia pandang bawah [depan]. Kang tergolek dog lak dari tangga tinggi yang tak berapa nk stabil tu. Lagi satu, aku takut kena pelangkung. Hehehe. Orang tgh gigih nk touch-up lelangit sampai berpeluh-peluh, aku lak gedik santai nk snap2 gambo lak kan.







Buatlah caption sendiri ekk.





Wallaweyyy... apsal aku rasa cam lawa lak dinding merah tok pek kong dia dlm gambar ni? Untuk menyedapkan hati, ini semua hanya ilusi optik. Hehehe. Tamau kalah gak tu!



Monday, May 25, 2009

AKHIRNYA, MY KITCHEN CABINET IS DONE

.
Disclaimer : This entry has NO INTENTION to show-off [anyway, mendernya pon tersangatlah hazab nk di show-off kan!] This is just a piece of unforgettable moments for Makcik Rehan who had longed for so very long time to move into her very own house. Layannn....


Wyra, siang tadi takde update sessi petang - haku membizi bodi menengok depa pasang KC kat Tmn Bayu. Lupa sekejap kat target 16k. Kekekeke....

Dan Erleyna [lupa nk congrats on your newborn; congrats ya!] inilah dia KC haku yg tak seberapa yg ko nk nengok sgt tu.

Sebelum apa2, mcm biasa.... haruslah mem besar enterprem dulu kan?



Itu adalah aku aka MR aka Mama Mencah setelah dipaksa oleh Pakcik Sepol utk 'posing peace' di tengah2 kesemakan habuk papan segala. Kata dia, cepat ambik gambar WIP. Malu aku kat indon-indon tu taww [malu tapi mahu gittew!] Psssttt... tudung indon yg aku pakai tu baru beli semalam kat pasar mlm. Seploh hengget sajork. I like, senang main sarung jerk.




Tgh pasang cooker hood. Yerrr... mmg huduh nampak aluminium foil kat tgh2 alang lagutu. Tengoklah kalau ada bajet, aku suh Pakcik Sepol buat kotak nk cover 'naga' silver yang melingkar kat atas tu. Anyway, mak tak kisah! Bak kata Atuk Acan, nampak 'naga' camtu baru 'standard'. Baru org tau set dapo hang mahai. Adehhh.... perli ker ni Bah...




Otai Rawang - Atuk Acan sedang mengomel.




Done. Part sinki. Sok lusa baru nk pikir pasang kepala paip and so on.





Zoom part sinki. Dua tiga kali laki aku suh aku test berdiri kat situ [konon-konon try basuh pinggan, try bukak rak atas] nak tengok, bini bantut dia ni sampai ker nk bukak2 cabinet segala. Ewwww... zolim...zolim...




Done. Part hob and hood.




Again, the tired-but-satisfied Makcik Rehan!


Sebelum korang tanya, mai aku nk jawab siap-siap soalan2 lazim yg aku jangka akan ditanya.

  • Tiles penuh dari lantai sampai ke dinding kat dapur ku itu adalah bukan aku yang pasang. Memang siap-siap developer buat lagutu.
  • Begitu juga tiles yg ada munger-munger yang bertindak seolah-olah border tu. Memang dah ada kat situ. Sesungguhnya aku adalah tak kosa [dan tak berduit] nk buat semua2 itu.
  • Material kaler putih [badan KC] adalah jenis hardboard - bukan solid wood.
  • Material daun pintu [yg kaler walnut tu] adalah solid nyatuh.
  • Harga keseluruhan KC, aku dh penah kabo dulu. Sekadar untuk berkongsi aku tak kisah nk bagitau sekali lagi [sbb aku tau, korang mesti malas nk selak previous entry kan?] - RM3763 tak termasuk hob dan hood, sinki dan sedikit minor wiring [aku suh indon tu tambah satu lagi fius plug]
  • KC aku adalah L-shape dgn kepanjangan 8' dan 5'
  • Hob dan hood aku adalah cap Tellini. Ni pon aku main belasah jer beli. Aku tak kisah cap apa asalkan jgn ELBA. Tatau kenapa, aku sangat 'tak sebulu' dgn brand ELBA sebab dah 2 kali aku kantoi beli iron cap ELBA yg sgt hampeh. Terbakar siot! Harga satu set adalah RM1688 - percuma si 'naga silver' dan wall cap [topi nk tutup kepala naga]
  • KC aku tu hanyalah body semata-mata. Tiada sekelumit aksesori tambahan pon yg aku pasang. Stainless steel rack apa jadah semua aku tak beli hapah pon lagi. Sesungguhnya kami laki-bini dah pokai! [icon menangis air mata darah]
  • Table top yg aku guna juga material yg sama dgn body- hard board. Untuk ketahanan, at the edge of the table top di cover dgn sejenis aluminium dan di sealed dgn arcylic sealer. Kita tengoklah sejauh mana ketahanannya.
  • Last but not least, aku buat KC ni dgn Formula Kitchen kat Subang. Sapa nk contact number Vincent, bitau aku ekk. Malasnya haku nk kelebek mencari no phone dia memalam buta nih [entry ni ditaip di mlm hari okeh]

So kawan-kawan, semoga kisah KC Makcik Rehan ni boleh menjadi iktibar dan bahan rujukan utk korang-korang yang bakal atau sedang berkira-kira nk memasang KC. As i always said, sharing is caring.

Ira, aku tunggu gambar2 KC ko yang merembes plak! Hehehe...


Sunday, May 24, 2009

RUMAH LAGI


.
Nak cerita pasal rumah 'banglo' lagi. Sebab tak ada cerita lain dah nk cerita.

Semalam habiskan mengecat rumah. Alhamdulillah, betul2 habis. Saya pujuk Pakcik Sepol dan adik untuk pulun habiskan jugak semalam. Lepasni tak payah pegang berus cat dah. Dah 3 weekends berturut-turut dok gelek cat kat dinding - boring dan penat sungguh.

Lepas mengecat, kikis cat2 yang menitik kat lantai, sapu dan mop sampai rumah nampak kemain lawa [kononnn!] - kami laki bini punyala syok sendiri. Rasa mcm rumah 'banglo' tu lawa sgt dah. Poyo!

Dan siang tadi, rumah yang semalam kami tinggalkan dlm keadaan cuci-calat...telah tunggang langgang semula sebab kerja-kerja pemasangan plaster ceiling. Ewwwww.... naper la aku tak terpikir pasal hal ni semalam. Sampai sakit2 pinggang mengemop lantai, harini dh jadi cam tapak pembinaan balik.

Ingatkan boleh settle harini. Malangnya Pakcik Sepol beli brg tak cukup plak. Kayu cornice tak cukup lagi sebatang. Esok plak sambung. Pastukan... yang tak sanggup dengar tu... nk kena touch up balik 'noda-noda hitam' yang ditinggalkan secara tak sengaja kat dinding yang dah lawa kami cat semalam. Terpaksa la Pakcik Sepol pegang berus balik....

Gambar? Takder... malu nk snap. Kang Indon tu ingat akuni poyo sangat plak sampai nk nangkap2 gambo kannnn...

Esoklah kut i snap gambo. Esok Vincent nk pasang KC. Dgn diani aku selamba la sikit nk poyo2 nangkap gambo bagai.

Till then, selamat bekrja di esok hari. I tak keje... cuti lagi. Hehehe...








Thursday, May 21, 2009

BULAT-BULAT, KELABU ASAP


.
Masa tgh drive nk ke LCCT, i call my adik yang keje kat Concorde KLIA, tanya dia camana nk pi Nilai. Akuni kan selalu sesat dan menyesatkan. Dia kata, hang tuju ke Nilai 3 terus kak...hang jgn tuju Nilai, nanti hang sampai pekan Nilai. So, dari Highway PLUS tu, i jalan terus sampai exit kat Nilai dan carik Nilai 3. Jauhnya wehhh..... dari simpang ke KLIA nk ke Nilai tu aku rasa cam jauh giler. Tup-tup dah sampai Negeri Sembilan!

Kat Nilai 3, saya tuju terus kat area tgh2 tu. Yang ada bumbung tu. Kedai2 lain i ronda dari dlm kereta saja. Tak larat mak! Sungguh2 terhidrat rasanya. Panas.

Banyak giler kedai2 jual brg2 umah - perabot, carpet, cermin, hiasan kayu kayan, frame apa bagai.... betul kata Wyra. Tapi sebab aku solo kan..memang tak kuasa [plus tak berani] nk masuk semua kedai. Kang dibuatnya i pengsan kat kedai2 tu kannn... mampuih Pakistan carpet tu nk angkat aku masuk ambulan! Akuni dahla sebesar-besar umat. Kalau kecik molek mcm si Zana ni takper la jugak.

Apa nama ekk tempat yang tgh2 ada bumbung tu? Nanti tunggu duta Nilai aka Wyra bagi comment. Ha... kat situlah i rembat langsir i. Masuk 2,3 kedai... mula2 rasa mcm dah putus asa jerk sbb aku tak jumpa yang betul2 menangkap. Tup2, nampak yg ni kat satu kedai tu...



Syukurla sangat-sangat sebab hati aku tetiba dh berkenan dgn yang BULAT-BULAT, KELABU ASAP ni. Sebabnya, aku sungguh-sungguh dah tak larat nk meneruskan pencarian. Dengan selamba ala2 Joyah Sport, i ckp kat Apek tu.... saya mau yg ini. Maksud saya yg sedang bergantung ni. Ha ko.... i ambik yg display terus! Sebab measurement dia memang ngam dgn umah kecik aku.

Saya mms gambar ni kat pakcik Sepol. Dia kata okay jerk..jgn mahal2 sgt dah ler [Bang, mahal ker... murah ker... i bayar sendiri tau... ker, boleh claim balik ni bang? hehehe...]

Gedebuk-gedebak, lipat-bungkus, tambah-tolak... i ambik terus day curtain [yg kain jenis jarang tu...] untuk sliding dan tingkap. Yang i kagum tu...rupa-rupanya, kat sini depa boleh jahit terus tempahan kita. Kalau yg pesen biasa2 [takde scallop berjurai, manik bagai] dlm 1-2 jam dah siap. Sangat suka..., so i bagi terus measurement panjang-lebar semua, SIAP!

Balik gantung jer lagi.

Bila nk bayar, nampak plastic bag dia....


Lorrrrr... NAFISA rupanya! Aku masuk kedai tu tanpa mengetahui apa nama kedai tu. Kalau takat NAFISA nih, kat Tg Malim pon ada cawangan dia. Eeeiii.... Zalia Chaiyok weh... apsal ko tak racun aku pi carik kat NAFISA Tg Malim weh... takde la aku kejang-kejang perut tawaf kat Nilai 3 tu taww.

Harga? Biarlah rahsia... wakakaka....





Monday, May 18, 2009

SCHEDULED ENTRY : THE RED WALL TURN OUT WELL


.
Syabas Babah Mencah. Dinding merah dia [i ejek sbg dinding merah tok pek kong! hehe...] sudah jadi marvellous. Buat extra layer baru jadi elok.



-SEBELUM-




-SELEPAS-




Dia kata, kalau huduh jugak terpaksala abg beli wallpaper nk cover... kui kui kui... wallpaper kunun... mana nk korek duit bang oii...




Monday, May 11, 2009

THE GREY WALL OF MAKCIK REHAN

.

Ira, ko pon boh kaler grey camni kan? Ko punyer jadi lawo cam aku punye ni tak? Ekekeke...siot jerk. Saya sgt2 berpuas hati dengan kaler ini. Tapi Pakcik Sepol masih pening kepala dgn THE RED WALL dia. Sedang mencari jalan penyelesaian tapi tak jumpa2 lagik...Ekekeke....









Orang kuat i masa ari sabtu tu. Satu master bedroom dia cat. Esoknya aku laki bini mengecat, nk habiskan 3rd bedroom pon rasa cam nk pengsan! Dah la huduh kami buat...huhuhu.






Sunday, May 10, 2009

THE RED WALL


.
Semalam kami mengecat umah. Dengan bantuan adik pompuan i. Oleh sebab Nenek Onah takde kat umah [ade aktiviti belajar memasak], si Mencah terpaksa di bawak bersama. Dannnn..membawa Mencah bersama tatkala operasi nk mengecat nk dilaksanakan, adalah satu kesilapan yg sungguh besau. Nantilah i buat entry berserta gambar bukti si kecik ni 'menolong' kami dgn jayanya.

Master bedroom dah 90% siap. Tinggal nk buat finishing kat siling. Kami tak daya nk panjat tangga. Pakcik Sepol akan setelkan hok yg tinggi2 tu. Feature wall yang nk dicat merah tu pon 90% dah siap. Pagi ni nk kena beli satu tin kecik lagi utk buat 2nd layer. Berbelak-belak dinding tu sbb cat tak cukup. Merahnya mak ngah.... no komenlah. Sbb ni Pakcik Sepol punya pilihan. Kaler soft grey yang i pilih utk other walls adalah sangat marvellous hasilnya! Kembang kuncup montot i sbb eksyen dgn Pakcik Sepol. Hehe.

Sangat penat. Bukan penat mengecat, penat mengawal selia budak nilah! Mlm tadi, sakit2 satu badan. Pagini mcm kena pi KL carik curtain. Tapi kena pegi sendiri..Pakcik Sepol nk setelkan hal mengecat. Kalau aku pi sendiri, tak kan nk bawak Mencah? Adui..putus pinggang i. Nak tinggalkan kat Nenek Onah, serius i segan lorrr.... Biasanya kalau selain weekdays, Mencah ni kami hangkut kemana sahaja kami pegi. Segan nk nyusahkan org tua, kasi chance depa nk rest dihujung minggu kan. Tengoklah camana nanti...



The Red Wall of Sepol. Snapped using henpon. Nampak kan kaler dia tak sekata, berbelak-belak. Kena touch up balik pagini.




I was hoping that it will turn out to be as nice as this!
Salah scheme color ke ni bang?


Gambar Grey Wall of Rehan nanti esok i tunjuk. Wayar kabel kamera tertinggal kat PID lak.





Friday, May 8, 2009

PATTERN


.

Entry ringan di petang hari...

Satu lagi pembelian tanpa motip. Lama dah beli. Konon2 utk langsir bilik Mencah. We just love the color!




Tak lama lepas tu, jumpa pulak bedsheet single bed dgn pattern yg sama kat tempat yg berbeza. Sgt kebetulan. Kalini beli dgn motip. Motipnya adalah sbb nk samakan dgn langsir yang sebelum ini telah dibeli tanpa motip.







Wednesday, May 6, 2009

KEPUTUSAN MUKTAMAD


.
Semalam dah setel dgn Vincent dan dah setel bayar deposit TNB. Harini maybe depa masukkan api. Lega. That means, Semail Golok dah boleh dtg check complaint dan Wan Indon dah leh datang pasang grill anytime this week.

Selepas pecah otak pikir itu ini, tambah tolak segala kos, Makcik Rehan dan Pakcik Sepol akhirnya mengambil keputusan utk hambik table top formica aka laminate aka hard board sahaja - untuk mengelakkan pertambahan kos [ukur baju di badan sendiri kekdahnya]

Ini facts and figures yg i dpt dari Vincent :
  • Granite = 14' x RM240 = RM3360 + delivery + installation = ????
  • Solid surface = 14' x RM160 = RM 2240 + delivery + installation = ????
  • Concrete = Approximate RM 2500
  • Formica = FOC lorr... coz it comes together in the package.
My current package price is : RM 3736 (for 14' kitchen cabinet and wall cabinet) with FOC Formica table top.

So, saya perlu tambahkan kos2 diatas kalau nk opt for table top material lain.

Contoh : RM3736 + RM2500 = RM6236 --> kalau nk concrete. Uwaaa...mahal! takmo..takmo...takmo....

Bak kata Pakcik Sepol : Setakat awak memasak 2 kali setahun, tak robohnya kabinet awak tu. Kijam taww..... Mana tau bang, semangat umah baru punya pasal..tah2 i jadik cam iron chef plak. Hehehe.

Tima kasih kepada pakar2 yang membantu memberi pendapat kpd saya - Mieja, Ira, Ija, Wyra dan lain-lain. 'Pendapatan' anda sgtlah dihargai. Hehehe.



Gambar ini hanya ilustrasi - kayu kc aku kaler dark nyatuh mcm nilah. Very the old pesen kan? Tapi...tapi...design kami tak lah mabeles mcm dlm gambar ni okeh! sangat2 tidak sama. Ini golongan urban punya style. Kami punya golongan marhaen punya design. Huhuhu....

Vincent tak bagi aku snap gambo showroom lorr....terpaksa guna khidmat Pakcik Google.






Tuesday, May 5, 2009

MATERIAL


.
Material Table Top untuk kitchen cabinet. Kopak la aku kalau ambik option no 1.

susunan dari paling mahal ke paling murah:
1. granite : from rm160/sqfr
2. solid surface : from rm70/sqfr
3. concrete (tiles 2'x2') : from RM20-RM30
4. hard board : from RM8-RM15/sqfr


Concrete lak tak leh sbb vincent tak buat. unless, org lain buatkan. Tapi takut tak ngam sebab lain2 tgn yg buat. Plus, kayu2 tu semua dah potong siap (package).

Tinggal option no 2 dan 4. Ptg ni nk bincang, boleh tak combine no 2 dan no 4. L-shape kan kekdahnya. Satu bahagian pakai solid surface, satu bahagian pakai hard board. Kalau aku kaya kan syiokkk...pejam mata jer ambik option no 1 tu.



Sambungan inbetween this 2 material akan dicover dgn aluminium mcm ni. Apa kata pakar?




Monday, May 4, 2009

TEMAN TAPI MESRA


.
Salam Isnin. Semoga harini takde saper yg penin.

Taip entry ni sementara menunggu opis developer bukak. Nak serah borang complaint dan kunci umah. Boring kan? tak abih2 citer rumah. Korang taktau, aku laaaaagi boring! Cuti 3 harini takde keje lain. Dok asik berulang ke sana, tak setel2. Lambat nau nk tunggu letrik masuk, so mamat indon tu tak leh nk pasang grill selagi letrik tak masuk.

Eeeeiii...pepagi dh start membebel pasal umah. Dah lah. Tukau topik sikit. Layan gambar2 Mencah 'bersosial' dengan teman2 baru di Taman Bayu Permai. Mesra perdana rupanya ank aku ni. Senangkan jadi budak2. Takde intro2, terus jer selamba mix around. Ko kejar aku, aku kejar ko.







Dah boring main dengan budak2 ni, dia kutip ranting kayu. Bila saya tanya, Aisyah main apa tu? Aya Pooh.... - Kayu Pooh. Ni copy dari kartun Mr Friend Tigger and Pooh la nih!














Saturday, May 2, 2009

BUKAN MANGKUK HAYUN

.
Dan bukan mangkuk jamban, tetapi adalah mangkuk sinki. Ptg tadi pi carik pasal beli sinki dapo. Saya berjaya meliuk-lentuk, memasukkan kos sinki ni ke atas bajet Babah Mencah. Hehehe...

Si Andrew bagi hints kat i, kalau nk carik sinki, carik yang tebal supaya tahan dan dalam supaya air tak memercik keatas. Senang nk basuh periuk besau2. Nak mandikan baby pon senang. Hehehe.




I mcm suka yang ni. Hambik ko! Besau godang kan. Bapak kuali pon ko boleh sumbat masuk dlm ni.



Yang ini pon ok. Shining and sparkling [mcm tagline broochbizz plaks hehe]




Ini pon ok.




Stylo-mylo lah kononnya yg ini....





Last2 hambik yg ni. Paling dalam dlm semua2 ni. Dekat 10 inchi dalam dia. Tebal pon ok.



Sila beri tepukan gemuruh kepada Encik Sepol sebab sponsor sinki untuk bini dia [sepatutnya ongkos ini ditanggung halal oleh Makcik Rehan. hehehe]







Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker