Pages

Sunday, May 24, 2009

RUMAH LAGI


.
Nak cerita pasal rumah 'banglo' lagi. Sebab tak ada cerita lain dah nk cerita.

Semalam habiskan mengecat rumah. Alhamdulillah, betul2 habis. Saya pujuk Pakcik Sepol dan adik untuk pulun habiskan jugak semalam. Lepasni tak payah pegang berus cat dah. Dah 3 weekends berturut-turut dok gelek cat kat dinding - boring dan penat sungguh.

Lepas mengecat, kikis cat2 yang menitik kat lantai, sapu dan mop sampai rumah nampak kemain lawa [kononnn!] - kami laki bini punyala syok sendiri. Rasa mcm rumah 'banglo' tu lawa sgt dah. Poyo!

Dan siang tadi, rumah yang semalam kami tinggalkan dlm keadaan cuci-calat...telah tunggang langgang semula sebab kerja-kerja pemasangan plaster ceiling. Ewwwww.... naper la aku tak terpikir pasal hal ni semalam. Sampai sakit2 pinggang mengemop lantai, harini dh jadi cam tapak pembinaan balik.

Ingatkan boleh settle harini. Malangnya Pakcik Sepol beli brg tak cukup plak. Kayu cornice tak cukup lagi sebatang. Esok plak sambung. Pastukan... yang tak sanggup dengar tu... nk kena touch up balik 'noda-noda hitam' yang ditinggalkan secara tak sengaja kat dinding yang dah lawa kami cat semalam. Terpaksa la Pakcik Sepol pegang berus balik....

Gambar? Takder... malu nk snap. Kang Indon tu ingat akuni poyo sangat plak sampai nk nangkap2 gambo kannnn...

Esoklah kut i snap gambo. Esok Vincent nk pasang KC. Dgn diani aku selamba la sikit nk poyo2 nangkap gambo bagai.

Till then, selamat bekrja di esok hari. I tak keje... cuti lagi. Hehehe...








0 Scribbles: