Pages

Powered By Blogger

Friday, June 12, 2009

FRIDAY, HOYEH!!


.

2 hari MR tak online. Rindu i tak? keh keh keh...

Sudah 2 mlm kami 3 beranak bermalam di Tmn Bayu. I sudah jadi mem besar di rumah sendiri. [sila bayangkan MR sedang sengih sampai nampak gigi bongsu] Terlalu banyak dan panjang kalau nk diceritakan satu-satu. [haku pon tatau nk mula kot mana...]

Aisyah dah boleh dikatakan 100% okay dgn nursery baru dia. Dah tak nangis lagi. Siap boleh melambai-lambai kat mama dari sebalik pagar. Yup, saya kena redha lah pasal hingus yang asyik berselepet, batuk-batuk ringan dan selsema yang dia kutip semasa 'bersosial' dgn bebudak lain kat sana. Bak kata Pakcik Sepol, adatlah... hidup bermasyarakat. Scotts Emulsion pon dah beli semalam [sebelumni pon dah penah beli tapi dia liat sgt nk makan, tak tau sapa yg habiskan dlm peti ais kat umah nenek tu]

Menguruskan segala-galanya sendiri adalah SANGAT PENAT dan MENGUJI KESABARAN. Terutama masa Astro belum pasang. Aisyah kehulu-kehilir ikut bontot mama. Buwinggg.... kata dia. Babah dia pasang PS pon tak layan. Sampai MR tak boleh nk buat kerja sbb dok sibuk melayan budak bertuah sorangni.

So, semalam Astro dah pasang - dan Aisyah mcm penagih jumpa candu. Tak berkedip, tak berganjak dari mini sofa dia tu. Dari hall dia main order saja kat mama... nak shushu...!

One thing, cuaca di malam hari adalah sangat berbahang. Siang still ok, kami boleh bertahan tanpa aircond. Tapi di mlm hari MasyaAllah..... sangat-sangat panas berbahang. Asyik dok ulang dapo minum air. Aisyah toksah tanya la... susu semedang. Malam pertama kami di Tmn Bayu agak kartun sikit, PS asyik dok on-off aircond. Bila terasa panas, on sekejap. lepas 5-6 minit bila dh rasa sejuk off balik. Sepanjang mlm sampai 4-5 kali dok buat mcm tu. Mengekeh i gelakkan dia. Save cost kata dia. Hazabnyer bang. Hahaha..

Tapi mlm tadi, kose dah nk pikir save cost, bajet apa segala. PS on aircond dari maghrib sampai awal pagi. Sampai i pulak yang kena kejutkan dia suh off aircond sbb tak tahan sejuk. Bajet konon... Hot-hot chicken shit la you bang. Hehehe.

Think back, sib baik dapat aircond free kan? Nak harap beli sendiri...adoyai.... haremmm!
Dah la kat PID ni pon aku menggeletis kepanasan, balik umah plak bagai kena panggang dlm oven. [eh, boleh kurus cepat la pasni... sauna kekdahnya!]

Pasal memasak plak, i dah test drive dapo baru. Awww syiok! MR buat nasik goreng bodow utk Mencah breakfast sebelum pegi skul. PS pon bawak bekal pi opis - sampai ke tengahari dia kena hadap nasik goreng bini dia tu sebab i bubuh banyak kemain dlm tupperware dia. Muahahaha.. kata nk bajet kan banggg....

Dan Mencah buat lawak plak petang semlm, nampak jer i pegi dapo pegang kuali dia kata, Mama... nasyik goweng? Bila ambik dia dari nursery, i tanya dia... Aisyah nk makan nasik? Nak... nasyik goweng! Adehh.... balik-balik nasik goweng yang disebutnya. Hazabnya mak ko kan nakkk... pandai masak itu jer ker kot. Hahaha...

Til then, selamat berhujung minggu semua. Gambar-gambar yg dok ada ni i kena buat siaran tertunda la nampaknya. Streamyx kat umah baru depa blom configure, so i belum boleh log-in to my account.

Cheers!




0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker