Pages

Monday, June 1, 2009

JURNAL TASKA AISYAH DI HARI PERTAMA : Updated with pics

.
Aisyah bangun awal pagini. Mungkin sebab bising suara sepupu-sepupu yang riuh rendah tengok TV di pagi hari. Saya biarkan dia di bawah dgn cousins sementara saya siapkan diaper bag dia. Saya bawak sekali pillow dan comforter kegemaran dia supaya dia tak berebut bantal dgn budak2 lain. [I dont know whether this is necessary, my 1st time also kan]

Babah mandikan Aisyah dan saya pakaikan baju, and we keep on telling her that she's going to school today. Dia sgt excited [bukan excited nk pegi skul, tapi sebab dapat ikut mama naik keta di pagi hari] My husband is on leave today, but he's not going - he need to do some banking stuff, but he'll be picking her up this pm.

Pukul 8.30 pagi, kami bertolak ke Taska. Masa kami sampai, Pn Ira [owner] belum sampai. So, i use that time to do some 'inspections' on the environment and safety. Im quite satisfied and the place seems to be 'okay' for Aisyah. Aisyah mula2 excited sgt, dah syampaiii.... kata dia. Tak sabar2 nk turun dari kereta sbb nampak playground kat laman taska.

Bawak masuk dlm taska dah mula berkepit dgn mama. Tak nak mix with the other kids. Lepas 10 minit dia mula buat hal sendiri... main kerusi kecik, tunjuk-tunjuk kat hiasan dinding sambil baca ABC.... dia main sorang2, tapi every 1 minute mata dia melilau cari mama. Saya update setiap perkembangan dia pada suami melalui sms dan mms.

Then dia mintak susu. Saya hulur kat dia dgn pillow, suruh baring sebelah sorang budak pompuan. Dia okay lagi... habiskan susu dan sambung main sendiri. Then, sorang pengasuh taska pasangkan VCD lagu kanak-kanak dalam bahasa melayu. Aisyah loves music, so she started to dance on her own. Budak2 lain yang dah biasa dgn lagu2 tu semua ikut menyanyi but Aisyah can't sing a word! Takde satu pon lagu2 tu yang dia biasa dengar. Sebabnya, kami hanya mainkan nursery rhymes dalam Bahasa Inggeris di rumah. Saya tersenyum melihat gelagat Aisyah yang mumbling untuk ikut budak2 lain menyanyi. Takper Aisyah, sooner...u'll learn it.

Pukul 9.30 pagi Pn Ira sampai, Aisyah main kat luar dgn Cu Anor [my sis] sementara saya isi borang, buat pembayaran dan brief pasal Aisyah kat Pn Ira. When everythings settled, Aisyah masuk dalam taska dgn berpeluh-peluh dan terus duduk di riba saya [macam tau2 yang mama dah nk balik]

Pn. Ira panggil nama dia...Aisyah... dia toleh, tapi tak senyum. Tangannya masih berpaut di leher saya. Then dia mintak susu lagi. Saya pon buatkan lagi sebotol. Mungkin dia dahaga sgt, main slide kat luar sampai berpeluh-peluh.

Inilah masanya.... masa dia tgh baring minum susu, saya bgn perlahan-lahan, kuar dari taska. Elok jer saya nk bukak pintu kereta, saya dengar tangisan yang sungguh meruntun jiwa... Mamaaaaa! Mamaaaaa!

Saya toleh, saya nampak Aisyah menangis sambil berpaut pada grill pintu [sambil taip ayat ni, air mata saya dah turun laju mcm air terjun] Saya keraskan hati, masuk kereta...start enjin dan tak menoleh kebelakang lagi.

Saya balik ke rumah di Taman Bayu. Stand by di sana sampai pukul 12 tengahari. Saya pesan berkali-kali pada Pn Ira, kalau Aisyah 'tak boleh adapt sgt-sgt' Puan telefon saya cepat2 ya. Saya stand by dirumah. [rumah saya hanya selang 3 lorong dari taska tu]

Sampai di rumah, hati asyik teringatkan anak. Keraskan hati, saya sibukkan diri menyusun atur pinggan mangkuk dalam kabinet, menyapu dan mengemop.

Pukul 10 lebih, suami saya sampai ke Tmn Bayu. Saya ceritakan pada dia, sedih sgt2 tengok anak meraung mcm tu. Saya kata, rasa macam nk benti keja...jual brooch kat Bizkizz jer. Hahaha...

Saya pesan pada suami, jgn ambil dia lewat sgt. Harini 1st day dia, bagi chance dia balik awal. Kalau dah selesai buat kerja kat rumah [touch-up cat kat luar rumah] cepat2 pergi ambil dia.

Saya balik ke rumah Atuk Acan untuk tukar baju, mandi dan makan. Pukul 12.45 tghari saya call Pn Ira tanya pasal Aisyah. Kata Pn Ira...

  • Aisyah menangis tak lama. Lepas dia tak nampak kelibat kereta mama, dia benti menangis.
  • Memang dia tak berapa berkawan dgn budak2 lain, tapi bila abg2 dan kakak2 yg transit sessi petang balik dari sekolah pagi, dia okay sikit dgn diorang. Pn Ira kata dia suka bila abg2 dan kakak2 tu panggil nama dia. Bila org sebut nama dia, maybe dia rasa orang ni kenal dia... like her older cousins yg selalu panggil2 nama dia dan ajak main.
  • Tadi Aisyah dah mkn dan minum susu dan sekarang Aisyah dah tidur [saya sgt terkejut, Aisyah mampu tidur TANPA BUAI di hari pertama di taska]
Sebelum bertolak ke office, saya update kat suami pasal Aisyah. Like me, dia pon terkejut Aisyah boleh tidur sendiri tanpa buai. Suami saya kata, depa bagi ubat la tu... tak baiklah bang, entah2 memang Aisyah dah penat sbb main dan menangis kann... [ayat nak sedapkan hati sendiri]

Dan sekarang, tubuh fizikal saya sudahpun berada di office. Tapi jiwa dan raga saya sedang melayang di Tmn Bayu. Serba tak kena teringatkan buah hati pengarang jantung saya di sana.



With Cu Anor.



Main kat tangga. Tingkat atas is for babies yang below 1 year old.




Dia memang suka main susun-susun brg mcm ni.


Habiskan susu yang dibawa dari rumah.




I miss her terribly...



Cepatlah petang berlalu....






0 Scribbles: