Pages

Tuesday, June 9, 2009

TAK MENANGIS


.
Harini pi nursery awal [mak pak dia berjaya bgn awal]. Oleh sebab sampai agak awal, layan dia main buai kejap. Lepas tu pujuk2 ajak masuk dlm nursery. Kakak pengasuh dokong dia...ajak pegi mandi. Dia dah mula mencebik, tapi...TAK MENANGIS!

Owwhh... Alhamdulillah....

Tapi i pulak yang syahdu... tengok anak yang sedaya upaya menahan tangis. Tapi tgn masih menggawai mintak mama dokong dia...

Ni gambar semalam, masa ambik dia balik dari nursery. Hingus bertali ke pipi. Dia selet sendiri la tu. Rambut melepek kena tepek minyak. Sampai pagini dok berminyak lagi. Konpius kejap, kol baper depa mandikan dia ekk? Semlm i ambik kol 5.30, comot giler dah budakni. Plaktu, kenapa depa tak pakaikan pyjama jer. balik umah, terpaksa lak i mandikan dia lagi sekali dan tukar baju tido.

Kemain eksyen, nampak jer keta kontot mama dia... terjerit2 dia di sebalik grill. Tu... tu mama! tu mama! [as tho telling the kakak to prepare her bag dan bukak pintu - Im going off with my mom now!] Bukak jer pintu, berdesup dia lari keluar. Shoes... ni shoes... dia ambik sendiri shoes dia kat rak, tapi tak nyempat2 pakai shoes terus nk berlari ke gate. Dan semalam, tanpa disuruh, dia melambai kat bebudak2 lain. Babai kakak.... babai abammm...

Nampak mcm dah ok sikit kan?



0 Scribbles: