Pages

Powered By Blogger

Thursday, July 30, 2009

CABARAN : SANGGUP BERHADAPAN DGN GOLONGAN PUTUS WAYAR?


.
MR perlukan assistant dengan kadar yang segera. Sekurang-kurangnya ada DIPLOMA dalam IT, Sains komputer, System atau apa2 shj yang berkaitan dgn komputer [bukan kalkulator okeh!]


Syarat paling penting :
  • Kepala otak mesti tak betul mcm i, tapi mesti rajin datang kerja [sebab dia kena cover i yg malas dtg kerja]
  • Umur mesti tak lebih dari i [mana boleh boss lagi muda dari kuli, macamana i nak jadi pembuli]
  • Mesti rajin sapu sampah dan buang sampah [sebab i malas buat 2 kerja tu]
  • Mesti pandai format komputer [sbb komputer kat sini selalu rosak dan i tak reti nk buat kerja tu]
Mesti ada tahap kesabaran yang tinggi untuk :
  • Melayan golongan putus wayar yang tersangat ramai di sekitar Rasa nih - Pakcik Oxford, Amoi speaking, Mamat PDA dan lain2 lagi
  • Melayan golongan ketar lutut - nk langkah bendul pintu PID pon mcm nk tercabut engsel lutut [warga platinum - lebih tua dari warga emas]
  • Melayan golongan tak reti dan tak paham Bahasa Melayu tapi dengan konpidennya bercakap Bahasa Inggeris tahap longkang DBKL [maaf DBKL, anda menjadi contoh di sini]
  • Melayan golongan mat rempit dan mat punk yg tak abih2 dgn kerja mendownload lagu dan games, tengok youtube, main myspace dan chatting.
  • Melayan budak2 bawah umur yang datang PID tanpa tujuan. Tojah sana-sini, klik sana-sini, on-off pc tujuh, lapan kali - ingat PID adalah cc untuk main game tembak-tembak!
  • Melayan 'surirumah terdesak' yang boring tatau nk buat apa kat umah - daftar nak belajar komputer tetapi muncul hanya sebulan sekali. Dan setiap kali datang adalah : Akak dah lupa la cikgu, akak nk mula balik semula boleh....
  • Menaip minit mesyuarat dan surat AJK JKKK Taman Keruing walaupon hanya beberapa ayat
  • Menaip invoice lori transport Pakcik Sakayam
  • Menaip dan mentranslate brochure Makcik Yakult
Gaji? Standard gaji Penolong Pegawai Kerajaan - sila kepochi kat laman web JPA. i tak penah ambik tau berapa gaji assistant i [sbb bukan i yg bayar]

Faedah2 lain? Sama jer mcm Penolong Pegawai Kerajaan yang lain, cumanya... anda adalah berstatus KONTRAK. Jgn bimbang, kontrak akan di renew setiap tahun selagi Bapak-bapak menteri belum timbulkan usul dlm parlimen nak tutup PID. Hehehe.. tapi dengar2 nya kontrak dengan gaji 'lumayan' ni sampai hujung tahun 2010 jer. Lepas tu, boss dan kuli sama2 nganga....

Sesiapa berminat nak berkongsi tension dgn MR kat PID Rasa nih, sila buzz i kat ym. Nanti i bagi address kementerian, u oll boleh apply. Excuse me.. bukan i yang interview atau ambik u oll bekerja hokkay... Putrajaya yang akan decide. I hanya akan menjadi boss u oll secara automatik, sebaik saja u oll melapor diri di Pekan Koboi ini.

Kalau berani, Cubalah! [macam iklan daaaa....]



Iklan selit :
QUEEN RANIA : RM 14 per pair




0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker