Pages

Powered By Blogger

Tuesday, July 21, 2009

FPP VS PMC [AND 30 WEEKS CHECK-UP]


.
OK, ni hasil survey semalam.

Lokasi pertama - Hospital Selayang.

FPP = Full Payment Patient. Maknanya, patient bakal mendapat rawatan kelas swasta di hospital kerajaan. Bayar mahal lorr. Banyak la kelebihan antaranya : Boleh pilih doktor, wad kelas 1, keutamaan dalam segala hal berkaitan rawatan dan consultancy dan mcm2 lagi. [tak ingat, malas nk snap gambar kat banner dia tu]

Dalam kes kami, kalau nk beranak under FPP ni :
1. Deposit RM3000 - bapak punya mahal!
2. Ante-natal check-up on Wednesdays only - owh, sungguh i tak sanggup!
3. Normal delivery without any complications is around 2K - still mahal kan?
4. Kalau ceaser is around 5K
5. Other charges applied accordingly - eg. vacuum, breech, epi, ceaser etc.

So, lepas borak2 dgn misi kat kaunter tu [nasib baik misi-misi yg kami jumpa semalam ramah-tamah belaka] PS dan MR membuat keputusan - adalah TIDAK utk FPP at Hospital Selayang. Pelik jugak, kawan opis PS ambik FPP ni dan duduk sepital 5d/4n kena caj RM1800 jer. Deposit pon RM1000 jer. Kenapa kalini caj dia dah naik melambung-lambung? Bukan rezeki kami di sana. Paling i tak sanggup, check-up adalah hari Rabu. Baik i pi follow-up kat Klinik Kg Kenanga jer kalau mcm ni. Lagi dekat dgn umah.


Lepas bincang2 laki-bini, kami berdesup ke tempat Aisyah buat ckeck-up dulu - PMC kat Bukit Rahman Putra. Teruja tengok ambiance baru kat sana. Dah renovate cantik giler!


Lokasi kedua - Putra Medical Centre

MR adalah bukan blogger tegar, so.. i cilok gambar dari website PMC saja.

Bukak balik fail lama dan i request utk consult doktor yg lama jugak. Dr Ratna yang lemah lembut dan kecik molek [so, tgn dia pon kecik lorr... tak la hazab sgt kalau kena seluk :P]

Dr Wan Ratna Iza Wan Abd Rahim. Lagi sekali, gambar cilok dari website. Adalah sgt malu nak menggedik tangkap gambar 'real' doktor tu. Nantilah, kalau PS tak malu suh dia snapkan gambar masa next check-up 8 Ogos nanti.


Charges [kalau tak salah ingatan ekk]
1. Normal delivery wad terbuka (4 katil) - RM1500
2. Normal delivery wad kelas 1 (1 katil) - RM1700
3. Ceaser wad terbuka (4 katil) - RM4700
4. Ceaser wad kelas 1 (1 katil) - RM5000
[all are based on 2d 1n - other charges applied accordingly]

Deposit adalah RM 1000. Reasonable jugaklah kan berbanding FPP at Selayang kan?


OK, selebihnya adalah gambar2 hasil check-up.

Dr Ratna tanya, kad merah yg lama ada simpan lagi? Hehehe.. sengih kerang busuk. Dia paham la tu. So, bukak la kad baru :P




The most exciting part-scanning!
  • 30 weeks and 5 days.
  • Baby weight - 1.7 kg [just nice, she said. Legaaa, i said :P]
  • Position engaged! - kepala dah kt bwh. Tak floating mcm Mencah dulu :P
  • Face - Alhamdulillah all OK. She said 'his' lips looks like mine! :P
  • Gender - InsyaAllah, its gonna be a boy.
  • EDD - 21 September. Raya pertama dong!


Others :
  • Weight : 89 kg [naik 1 kg jer dlm masa 2 bulan - bagus!]
  • BP normal
  • Bengkak kaki takde
  • Overall semua OK - Alhamdulillah.

Berapa charges kena for this visit : RM47. I likeee.... :P

So, what say u ladies and mommies out there? Should we consider Dr Ratna for this time?










0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker