Pages

Wednesday, July 8, 2009

HARI YANG PALING SANGAP


.
Memulakan hari dengan terbangun lewat [giler2 punyer lewat!] Malas dah nk drive jauh2 pi opis. So, taram ambik EL. Mandikan Mencah, nk hantar ke Nursery. Sekali kereta lak tak leh start! Adui... tension betui. Kantoi semua planning utk harini. Masuk umah, tarik curtain - mengeram dalam bilik dgn Mencah. Mak dia sambung tido tapi dia membuas. Serius, umah jadi mcm tongkang pecah. Kaw-kaw punya pecah.

Dah puas bermalas-malasan, baru i tipon PS bagitau keta tak leh start [bitau awal2 pon bukan dia boleh buat apa - dia kat opis]. Tengahari i tanya Mencah - nak makan nask tak? [apa punya mak kan? mestila budak tu lapar!]

So, masak nasik dan goreng telur dadar! Giler hazab punya malas weeiii... Kesian tengok si Mencah makan dengan penuh berselera walaupun dgn nasik lauk telur dan kicap [tapi kalau time i masak beria sup, ayam goreng ke hapa jgn harap dia nk makan ponnn]

Lepas mkn, bawak dia bergolek dlm bilik lagi. Mak dia dah ready nk masuk tido utk syif kedua. Si anak tetiba biyak la pulak. Tah baper botol susu dia ngap sepanjang harini. Pampers pon berkoyan-koyan kena ganti. Dekat kol 4 baru dia lena. I biarkan dia lena puas2 sampai pukul 6 lebih.

Pastu bawak dia main dgn anak-anak jiran sampai kol 7 lebih. Sakan giler.. al-maklum, dia jarang dapat peluang nk lepas bebas kat luar rumah [aku cukup malas nk kejar dia sebab dia suka lari pergi jalan besar - giler hazab nk bawak badan dan perut boyot ligan budak sorang ni]

Babah dia baru sampai. Pi main badminton [berat dia dah naik siot..risau kekdahnya, nnt tak macho]. Now PS tgh gigih tukar bateri keta si kontot. Macam tak leh bukak jer tu... alamat kena pakai jumper la nampaknya. Air bateri keta kontot tu dah kong rupanya. Haku memang pandai isi minyak, start, jalan sajork. Lain2 tak penah hambek tahu. :P Padan muker kan!

Ok, stop dulu. Nak pi tolong mekanik tu apa yg patut.


0 Scribbles: