Pages

Powered By Blogger

Wednesday, July 15, 2009

WHERE TO DELIVER


.



Esok genap 30 minggu. Sangat cepat masa berlalu. Kalau ikut jadual, lagi 10 minggu dijangka akan bersalin. Debaran mula terasa. Suspen pon ada. Walaupun ini kali yang kedua.

MR dan PS sedang berkira-kira nak pilih hospital mana. Masa Mencah dulu, kami cadang nk cek-in di Klinik Rahman Putra kat Sungai Buluh [private yg reasonable ongkosnya]. Tapi tak ada rezeki sebab doktor ragu-ragu samada saya boleh bersalin normal atau tidak. PS seboleh-boleh takmau saya kena zass. So, kami pegi cuba nasib kat Hospital Sungai Buloh dimana akhirnya Mencah dilahirkan secara normal kat sana. [tapi induce dan koyak rabak bagai nak rak! :P] Alhamdulillah, semua selamat. Tapi i ada sikit sentap-sentapan dgn misi-misi di sana lorrr.

Kalini pon sama. Makcik Rehan dengan sangat gediknya nak jugak beranak kat private [bukan la hosp private yang mahal gilos tu...yg sedang2 aja] Saya sangat teringin dilayan dgn sewajarnya oleh misi-misi. Hehehe. Well, actually... sebab laki aku leh claim kompeni dia setakat 1.5k saja lorrr, kalau leh claim lebih daritu kan, hospital katil emas pon aku kerabat taww [giler!]

Motifnya macam tu lah... paham la kan. Maknanya, kalau beranak kat sepital gomen dan katakan kena caj RM120 mcm Mencah dulu... dpt claim takat tu jerlah. Rugilah kan, org nak bagi sampai 1.5K tapi u pakai rm120 saja. [boleh ker pikir macam ni?]

Kami akan ambik cuti Isnin depan dan akan ke Selayang Specialist utk usha2 tempat dan harga. Selayang Spec ni kira mcm HUKM Spec la kot [ni kawan PS la yg cerita] MR ikut saja lorrr... janji i dpt doktor pompuan [i sgt malu nk mengangkang depan doktor lelaki okeh!] dan misi yang bagusss.



Harap2 muka i manis dan comel mcm pompuan ni lepas beranak nanti [muka yg bahagia kerana dilayan dgn baik oleh para misi]


Selain Selayang Spec, sapa2 leh suggest sepital bersalin area2 KL/ Selangor yang ongkosnya dlm lingkungan 1.5k - yg bagus doktornya, bagus misinya, bagus servisnya dan bagus katilnya? [senyum] Kalau ada, mcm biasala kan.. sila kepochi kat kotak komen di bawah ya!







0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker