Pages

Wednesday, July 15, 2009

HUJAN : UPDATED WITH COMMENTS


.
Bubuh tajuk hujan sebab pagini hujan turun mencurah-curah di Taman Bayu. Yer, sayer bersiaran langsung dari Tmn Bayu di pagi hari. Malas nk meredah hujan hantar Aisyah ke nursery. Budak tu dah la asyik demam-baik-batuk-baik-selsema-tak baik-baik. Tunggu lagi 15 minit harap2 hujan seriyat. Bagi chance dia tido extra sikit pagini.

Alamak, sakit perut pulak! Satgi sambung ekkk. Pi toilet sat :P

Im back! Sambung sikit lagi. Hujan dh seriyat, satgi mulalah drama budak kecik tu, tanak pegi skul. 2 hari lepas sampai menongggeng-nonggeng kat celah gearbox keter sbb takmo didukung kuar dari keta [takmo masuk skul]. Menangis....

Kesian tau bila tengok anak2 menangis masa nak ditinggalkan. Kena pulak kalau para pengasuh kat nursery tu tak mesra perdana dgn budak-budak. Jenis yang malas nk memujuk [okla, i paham larrr... depa bukan nk jaga Mencah sorang jer] but still, kalau depa boleh comfykan bebudak tu sekejap [pujuk2 sikit] kita yg mak-mak ni mesti rasa sedap hati sikit kan. Well, itulah hakikatnya bila 'org' yang jaga anak kita kan? Ko nak orang layan anak ko cam princess kalu, ko bukakla nursery sendiri makcik oiii.... [kata2 itu adalah ditujukan kepada diri sendiri]

Semalam masa nak ambik dia, nampak muka, mata, hidung dan bibir dia merah. Haku dah suspen giler ingatkan demam dia menjadi-jadi [dia kalau demam memang bibir merah] Masa tu dia tgh menangis. Dukung dia, cek dahi tak panas. Lega!

Tanya pengasuh apsal dia nangis? Rupa2nya masa tu dia tgh main kat luar, depa suh dia masuk dalam dia takmo. Dia nangislah [ni depa la yg kata] Pastu Mencah dok ngadu 'cikku buattt...' sambil 'belakon' menangis siap tekup2 muka [drama queen!] Tetiba ada sorang girl baya2 Izzati anak Kak Mah Gali [sorry Mah, ambik zati buat sample :P] datang kat kami and said to Mencah : Aisyah nak rotan? nak kena rotan? Mencah lagi sakan melalak 'tanakkkk...' budakni gelak-gelak dan blah. Eh, siot ko budak.... memandai lak nk ugut2 anak aku dgn rotan ekk.

2 things dlm paler otak aku:
1. That girl is imitating what the teacher/ baby sitter said to them whenever depa tak behave
2. That girl is imitating what her mom/ dad said to her and or her siblings whenever depa tak behave.

Yang no 2 tu haku tak kisah sgt. Tapi haku risau kalau yang no 1 tu. Anak aku memang fobia giler kalau org main ugut2 dgn dia. Serius! Makes me wonder, why Aisyah mcm liat nak pegi skul this week. Sedangkan the past few weeks dia dah okay dan tak cranky dah masa nk ditinggalkan kat skul.

Yerrr... aku adalah mak yang kecoh kan? What say u? Hujan dah stop, got to go now. Nanti kita kepochi lagi kat opis ya!

Daaaa!


***************************************************************


Updated : Thanks for all your inspiring comments!

Bila aku baca cite ko, aku teringat anak bujang aku tadi, melalak masa aku tinggalkan..xpela ko tengok la 2,3 ari nanti mencah camna..


Gravatar Rehan, betul kalau Rehan cakap, Nursery bukan jaga anak kita sorang je. Betul, takkan NURSERY nak layan anak kita macam princess. tapi dorang berurusan dgn budak2 daily. Dorang kenalah ada attribute yang selari dgn bidang keja dorang. Pada kak lis lah kan, orang yang berurusan dgn budak2 orangnya kena la lembut, motherly character, tunjuk contoh yang betul (kalau tak bagi buat benda yang elok,cakap kenapa. bukan ugut2 nak rotan ke bagai!) barulah betul. Tapi kalau takat NURSERY pikiaq hujung bulan parents bayaq fee je, ni la contohnya...


Gravatar memang cikgu akan ugut diorang...sy pernah dengar cikgu gila sex tu cakap dia guna hanger takutkan budak-budak...


macam bebe, dia akan pukul pembuli sambil buat bunyi 'ah ah' macam mak nenek, pastu pujuk orang yang kena buli 'dah dah' sambil gosok-gosok badan orang yang kena buli...siapa yang ajak kalau bukan dari CIKGU YANG MULIA...garang nak mampos cikgu sofea bila marah kat pembuli...

then, macam-macam perangai lagi laaa yang ditiru dari kawan-kawan kat nursery...sampai kadang-kadang saya pun pening....bila kita marah dia, dia lawan jerit balik...bila dia geram, dia cubit kita...

then lagi satu benda yang saya tak berapa suka lor...saya tau benda ni diamalkan oleh kebanyakan mak bapak ataupun orang dewasa...bila anak menangis dibuat orang dewasa [bukannnya nak buat, tapi bergurau, buat-buat garang dengan budak kecik, cium...], mereka akan tanya siapa buat, pastu mereka akan berpura-pura pukul orang tu untuk memujuk anak-anak...ada yang lagi dasyhat, suruh anak pergi pukul balik orang dewasa tu...ayoyo...nak terbeliak mata saya tengok...

sawsomi pun selalu buat macam tu kat bebe...saya marah anak, pastu anak menangis pergi kat dia, dia tanya kat bebe siapa buat, bebe tunjuk saya, adakah patut dia cakap dengan bebe, pukul mummy...geram saya sampai tahap maksimum...lepas kena sound dengan saya...tak berani buat lagi....

macam ruangan lepas perasaan


Gravatar K.Lis, itulah yg saya pikirkan. u deal dgn budak2 daily, mkn hasil duit kepercayaan mak bapak kan.. so, at least kena ada attitude towards ur job lah kan. sy bkn nk mintak byk pon, cuma at least maniskan muka and say nice things to the kids [at least depan kita]sedap atilah sikit kan. oengasuh kat nursery tu smeua muda2. ada indon 2 org. all this things make me think of hiring a maid even more. tapi kang masalah lain plak yg nak kena pikir kan? so, terpaksa bertahan jerlah dulu dgn situasi sekarang sambil berharap semuanya adalah OK dan Aisyah akan membesar dgn baik.. huhu...


Gravatar Shimex, the first few days memang seksa utk both of u and aqief. cepat atau lambat, diaorg insyaAllah akan get used to it. Cuma ko kena monitor betul2 fizikal dan mental anak2 tiap kali balik skul. Aku selalu observe for any changes or 'peculiar' behaviour si mencah tiap hari. anak aku tak pandai sgt lagi mengadu or bercerita, tapi aku akan korek jugak dari dia seboleh mungkin. just to make sure that everythings is ok. kalau balik umah anak aku sakan kelaparan, then aku syak maybe depa tak feed her enuff during the day [mmg ank aku payah nk mkn], aku check jugak kot2 ada nappy rash [aku bagi 5-6 diapers sehari sbb aku rela spend lebih on diapers dari depa berjimat tak tuka diaper dia]. On medication, pagi2 masa hantar aku bagitau siap2 bagi ubat ni dan ini masa ni dan ini dan sukatan susu yg sepatutnya time dia demam or sakit. Lantaklah kalau depa nk kata aku cerewet [but, im telling them in a nice wayyy]

so, baik kita jadi mak yg kepochi dari menyesal kendian hari. hehehe


Gravatar Oli, sgt setuju dgn u. ugut guna rotan dan hanger tu mcm mak2 kita buat dulu kat kita. tapi utk anak2 kecik yg belum pon berumur 5 tahun, i rasa ni semua tak patut lorr. Tambah pulak kita BAYAR mereka utk jaga anak-anak kita. tak kan senang2 ambik jalan mudah guna rotan nk takutkan budak. i tak dpt bayangkan mencah yg meggigil ketakutan bila kena ugut dgn rotan. mesti dia menangis sampai gigil2 badan dan melepek kat celah almari [mcmnilah aksi dia bila takutkan sesuatu atau kena marah]

i dulu pon penah juga buat mcm sawsomi [tp dlm keadaan manja2 saja]. kemudian i sedar ini tak baik, nanti anak i ingat apa yg dia tak buat tu tak salah, sebaliknya org yg pukul dia tu yg salah. so, i tukar cara...

Everytime dia kena marah atau kena pukul dgn Babah dia, i akan suruh dia pegi peluk babah, cium babah and say SORRY. And it works! Mencah akan stop menangis, pegi kat babah dia dan bisik SORRY dan terus okay dgn babah dia. Kami pon akan buat mcm tu kat dia lepas kami marah atau pukul dia. Kami akan say sorry sebab MARAH atau PUKUL dia dan explain kenapa dia kena marah [memang dia mcm tak paham jer].

Then kami ckp berkali-kali kat dia... jgn buat mcm ni dah, nanti mama dan babah marah dan nanti mencah asyik kena pukul jer.

owhh... menjadi mak bapak bukanlah benda senang kan kawan-kawan?






0 Scribbles: