Pages

Monday, August 10, 2009

LITTLE RED RIDING HOOD

.
Tajuk tu tanpa motif. Mungkin sbb Aisyah pakai baju merah.

We are looking forward for this event. Sebab dah agak lama PS tak kuarkan bola dan kasut boling dia. Main free kan? Sukala dia. Berkali-kali pesan suh prepare brg siap2 utk tournament esok. Kalau pasal sports, apa pon sangguppp....

Tournament kompeni kekdahnya. Vendor treats. Anak bini merenutla ngikut [nak tolong perabiskan goodie bags dan makanan dan menambah keriuhan :P]

Malam sebelum pegi Aisyah tiba2 demam panas mendadak. 39 darjah okeh! Mengerang dlm tidur. Nak ambik suhu pon dia melalak gila-gila. Nak letak wet towel, cool fever apa jadah pon dia meraung. Kesian pon ada, geram pon ada. Sejam sekali i kena bangun cek condition dia [ubat demam dah abis langsung]. Pukul 6 pagi panas makin menjadi-jadi - 40 darjah!

Takde pilihan lain, sumbat paracetamol 250mg [ubat montot]. Tak sampai sejam, Alhamdulillah panas dia surut. Mata i dah lalok tak ckp tido [dan tekak pon dah mula perit]. PS plak agak frust sebab dia berat hati nk pi main boling tapi ank bini tak ikut sama. I takmo pegi selagi panas badan aisyah tak kurang. Pukul 8 pagi Aisyah dah cergas. Badan dah tak panas. Susu pon dah laju. So, PS suh ikut jugak. Kelam kelibut packing brg, bersiap lebih2 kurang - masuk dlm keter dan terus berdesup ke Berjaya Times Square.



Muka kecik. Hidung besar.




Tu kat belakang tu... muka Mak Besar masuk separuh :P




Macam biasa, buat mcm kampung halaman sendiri.



Kami keluar dari BTS lebih kurang pukul 2.30 ptg. Sampai Rawang pukul 4 lebih. Terus pergi Klinik Ng sebab badan Aisyah dah mula panas. Doktor ambik suhu - 40 darjah lagi. Lagi satu dos Paracetamol 125mg masuk kat bontot dia. Melalak.....




Lepas dapat ubat, panas badan dia cepat turun. Ni belon 3 bijik yang dia kutip serata alam dalam Hotel BTS masa kami tgh lunch [Best woo... kompeni laki Wyra belanja buffet okeh!] Mak Bapak Aisyah melantak mcm org tak sedar diri. Belon2 ni jadi penyelamat lunch kami. Hahahaha....



Pagini belon2 tu dah kecut....



Pagini PS dah standby nak ambik EL kalau Aisyah demam lagi. Alhamdulilah, dah tak panas. Malam tadi 2,3 kali kami bubuh ubat dlm susu dia. Pagini masa hantar kat nenek, i dah pesan siap2... antibiotik tu kena bagi jugak walaupon badan dia dah tak panas.

Semakin tak senang hati dengan situasi sekarangkan? Demam menggila tak sudah2. Bukan saja Aisyah, MR juga. Pregnant woman adalah antara golongan yg berisiko tinggi... rasa mcm nk ambik cuti dari sekarang sampai habis pantang dan berkurung di rumah [boleh percaya ker..berkurung jer dlm rumah? :P]








0 Scribbles: