Pages

Powered By Blogger

Saturday, August 8, 2009

TANPA MOTIF


.
Baru sedar. Dah 2 hari tak buat entry kat belog ni. Larila la bajet 16k nanti kan. So, MR nk warn everybody siap2 nih. Anda sedang membaca entry tanpa motif. [macamlah entry2 yg sebelum2 ni bermotif sesangat]

Tadi agak bizi kat opis. Bizi mengepos barang. Kerja yg lebih afdal untuk dibuat ada melambak-lambak. Buddy dah bagi signal suh hantar report. Benda dh ada depan mata [hard copy] malas giler nk taip.

Tghari hujan lebat, makanya i tak kuar lunch. Mkn kepek jer dan duduk mengeram dalam PID.

Tgh sedap2 mkn, ketung ketang org ketuk pintu PID dari luar. Sapa lagi? Musuh tradisi i si Amoi putus wayar dah sampai. Kalini i buat derk. Tetiba dengar ada sorg Makcik yang kebetulan nk masuk pej pos tegur dia. Harini Jumaatla... orang semua pegi semayang! Baru dia stop gegar pintu.

Kol 2.30 bukak pintu PID, i suh dia duduk PC paling jauh dari i - dekat dgn kawasan taik burung lelayang. Jahatkan? Tak lama pastu ramai pulak org masuk nk guna internet. Tak kacau i sudah... guna jerlah.

Kol 4.30 tetiba semua dah nk blah. Hepi lah i... niat di hati nk berambus awal. Tgh i berkemas-kemas, tetiba muncul 2 org misi siap pakai uniform. Ahh sudahhh.....

Cikgu Awin mana? ----> Utk sapa2 yg blom tau, Awin adalah adik Zalia Chayok yg benti keje kat sini sbb sambung belajar buat KPLI. Dah jadi cikgu pon dia skang.

Dah berenti la misi... lama dah. Saya ganti dia dah 2 tahun.

Oooo... Ha cikgu, kami nk tanya macamana nk buat graf. Jenuh godek komputer kat klinik tadi..tak jadila. Ajar kami yer cikgu...

Mana mungkin anda berkata TIDAK kepada misi yg juga kakitangan kerajaan dan semestinya sgt maklum bahawa org kerajaan habis kerja pukul 5 kan? Sedangkan masa tu baru pukul 4.30 ptg!

Makanya... berbuih2 la mulutku mengajar mereka. Mujur ada satu PC tu i belum shutdown. Bla..bla... bla... cikgu, nanti kalau kami tak reti.. kami talipon cikgu yer. Bak nombor...

Part ni yg aku paling hazab nih. Korang jgn main2 wooo... tak tidur mlm aku karang weh. Depa bukan kira pagi, ptg, siang, mlm. Bila2 depa ngadap komputer, pastu tetiba silap sikit ker.. terkonpius apa sikit ker.. dan2 tu depa call okeh! Pedulik hapa depa kalau org tgh bersenggama ker hapa [OK, agak melampau contoh situasi yang diberikan]

Ada satu student i dulu [Mak Janda kan... byk la masa free memalam] sms i bertalu2 tgh2 mlm, tanya camana nk insert clip art..., camana nk besarkan gambar..., camana nak BUAT SAMA MCM YANG CIKGU AJAR HARITU.. part ni i paling lemah, nk sama mcm yg i ajar aritu. Bila i tanya yg mana... Ala.. yg haritu... yang cikgu kelik atas, lepastu bawah, pastu cikgu tarik letak kat situ.

Hangin tak????

MR bagi jugakla no henpon. Kang dia kata Cikgu Rehan ni kuang ajar lak kan.

Dah setel semua tetiba depa nampak lak sebeban stok brooch atas meja. Terpaksa la pulak melayan depa menyelongkar stok2 tu semua. Padehal semua i dah siap label dan susun nk hantar kat reseller. Nasib baik depa beli byk [nada-nada kegembiraan di situ]

Tapinya, lepastu kelam kelibut la i nk menyusun balik brooch2 tu. Terpaksa la alter dan print balik DO yg aku dah prepare tadi. Gedebuk-gedebak, kol 5.30 baru dapat berambus dari PID. Singgah Antara Gapi hantar brg dan pass duit kat SIL [dia jual one drop perfume, haritu ada org beli dan bayar through me - apa tujuan i citer sumer2 nih?] Sila baca dengan redha....

Sampai umah Nenek Onah dah dekat Maghrib. Kita makan dulu...hehehe. Lapor okeh!

Zana, Nenek Onah buat masak lemak pucuk ubi dgn telur itik. Sedap okeh! Rasanya lagi sedap dari Masak lemak Pucuk Ubi Cik Esah kot. Hehehe...

Lepas mkn, tgh i bersenang lenang sementara nk solat maghrib, tetiba PS call suh balik Tmn Bayu sekarang jugak. KENAPA?

'Kunci umah Abg tinggal kat opis!'

Betul2 takde motif kan?

Sekian.






0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker