Pages

Powered By Blogger

Thursday, August 6, 2009

AMOI PUTUS WAYAR


.
Baru sudah makan selepas berhempas pulas membersihkan taik burung lelayang. Secara tak langsung, PID pon terrr kemas sekali. kalau tak kerana taik burung tu, lom tentu MR pegang penyapu nk menyapu dan mengemas [yes, i malas. senang citer takyah cover-vover :P]

Ehh.. tapi kalau kat rumah i rajin tawwww.... [tak caya tanya Aisyah :P]

Tempat mkn favourite i kebanyakannya semua kat simpang. Tadi mkn nasik lauk gulai ikan-apa-ntah kat Simpang Kg Melayu Rasa. Sangat lazat dan berkrim okeh. Lepas tu beli kudap-kudapan berkhasiat berupa goreng pisang dan goreng cempedak kat simpang Pekan Rasa. [anggaplah itu semua sebagai reward sebab cuci taik burung :P]



Tgh sedap2 mengudap goreng pisang tetiba pintu PID diketuk bagai nk rak dari luar. Hampir saja haku naik hangin. Tanampak ker jadual waktu haku dh tempek besau2 kat depan pintu tu!

Jenguk sikit kat luar tu... rupa2 nya si Amoi Putus Wayar. Kalau dgn Amoi mereng ni, memang harus kena bukak pintu tu. Kalau tak bukak, nanti dia naik hangin, dia terajang pintu [ini bukan tipu, ini betul okeh!]

Bukak pintu sikit, sound dia... LUNCH HOUR, COME BACK AT 2.30. SUDAH TAMPAL JADUAL ATAS SANA TENGOK [aku pon dah ckp serupa k****g]

Ok, I come back later.

Yerrr kawan-kawan, amoi ni memang manjangnya speaking longkang. Putus wayar kekdahnya. Kalau kome tengok dia menaip, haku pon tatau apa yg dia taip - karangan isu semasa dlm bahasa Amerika kekdahnya. Pakai huruf besar semua, pastu pakai font besar. Pastu kejap2 tanya haku how to spell this, this and this. Hazabb hokeh!

Pastu kalau aku buat tak layan atau aku kata aku tatau, kang dia sound aku balik : How come you dont know, u work here. u suppose to know.. u must help me...Kepala hotak berjambul betul la... rasa nk hempuk paler dia kat keyboard okeh! [dan perlu dinyatakan di sini, intonasi suara dia bila becakap adalah mcm nak bergaduh okay. Nyaring gila.]

Last 2 weeks dia dtg kol 12.50 tghari. Aku ckp kat dia.. kol 1 saya tutup. Dia kata nk pakai sekejap saja. Sekali dia bwk kuar kertas kajang, penuh satu page mender dia nak taip. Ah sudah... mau kol 2 baru siap karangni. Aku dah lapor tahap naga berapi dahni.

Sambil dok taip dia nk beramas-mesra lak dgn haku yg kelaparan nih.

Are u pregnant.

Yes


When you want to born? ----> longkang DBKL kan?

September

Pastu dia nk ajak berbual apa tah lagi. Aku potong ckp dia cepat2...

Faster la. 5 minutes left.
Waitla.. u give me 10 minutes larr... i belanja u lunch la...

No need. Pls hurry... Im rushing!
Sampai 1.15 dia dok menaip lagi. Haku dah hangin satu kapla.

Pls stop now, come back later. Im leaving now.

Dia buat tak endah. sambil dok ckp 5 minutes.. 5 minutes...
Aku hempas kunci keter dgn kunci PID kat atas meja [nk tunjuk kata aku bengang sgt dah la tu]

Wowowowowo.... dia sound aku!
I can complaint your attitude you know! You bla...bla...bla.....bla...bla...bla...bla...bla...bla...
Eeeeiiii.... haku dah tak dengar apa dia ckp. Sebab muka aku dah rasa cam kembang semangkuk dok tahan geram. Darah dah menyirap! makin dilayan makin menjadi-jadi kebiolan dia. Last2 aku senyap jerk.

Dekat kol 1.30 baru dia siap.

Ni ptg karang dia dtg lagi... uwaaa..... tensionnya haku!



0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker