Pages

Powered By Blogger

Wednesday, September 16, 2009

RAYA vs BABY


.
Raya kalini bakal disambut dalam debaran. Seminggu selepas raya, MR akan 'menyerah diri' kat sepital. Apa nak buat... dah memang pesen anak-anakku suka 'mengeram' lama-lama kat dalam. Walaupon ini pengalaman kedua, tipulah kalau i kata i relax saja. Sudah terbayang kesakitan bergulung-gulung kat dalam labour room. Bagi kawan-kawan senasib yang dah pernah merasa 'beranak paksa' korang pasti tahu macamana hazabnya kan? Tambah2 plak kalau tak ambik epi.

Pagini bangun pagi kepala rasa berdenyut-denyut sebelah kiri. 2 minggu lepas pon jadi mcm ni - sbb tak boleh tidur mlm. Pegi check BP semuanya normal. So, pagini pas sahur ala kadar, i cepat-cepat telan Uphamol 650. Tadi dah lega sikit. Tapi sekarang dah mula berdenyut balik. Migrain... PS dah risau takut darah naik. Sebab semalam kami sakan membantai makanan yang sungguh lazat kat Restoran De Chiang Mai [mcm biasa... vendor belanja, i membontot laki i sajork] Ohh... food adalah sgt heaven! Ni kali kedua kami ke sana. Highly reccomended utk sapa2 yang suka jalan-jalan cari makan.

Tak ambik gambar langsung, terlalu bersemangat nk makan sampai tak sanggup membuang beberapa minit utk snap gambar. Kekekeke....

Pagini i tukar rutin sikit. Selalunya, i terus check-in sambung tido sampai pukul 10 dgn Mencah. Hehehe... pagini lain sikit. Sapu sampah, dan godek baju2 baby. Baju2 yg dah siap dibasuh sebelumni, tah camana boleh kena kesan kuning2 pulak. Tak tau mana datang. So, kenala basuh semula. Satgi tengahari sikit nak mengemop rumah. Lepas tu nk cuci bilik air. Malam nanti nak suruh PS adjust sikit susun letak perabot dlm rumah. Cewahhh... maklumla, 1st time nak raya di rumah kontot sendiri. Dapat ubah kerusi meja 2-3 inchi pon dah jadilah! Lepas gian... kekekeke...

Apa kes haku taip panjang2 nih?

OK lah, simpan bebelan seterusnya utk entry selepas ini :)

p/s : Pasan tak, sejak duduk kat umah ni... i rajin balas komen2 u oll kan? [cehh.. tu nak pancing suruh org tinggal komen la tu]








0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker