Pages

Monday, September 7, 2009

TRIBUTE TO AMY DAN ADRINA


.
2-3 harini MR agak al-poyos sikit. Biasala, naluri Mak Buyung [alasan baekk punya!] Sejak tengok Bihun goreng Hong Kong dan Sambal Tumis Udang yang depa masak, i jadi panas bontot. Jiwaku meronta-ronta nak masak 2 benda tersebut. Maka, terhasillah yang ini... Amy, yang ni ada rupa bihun hang tak???


Tudiaaaa... gambar bihun Hong Kong i berbackgroundkan kad raya yang Amy hantar haritu. PS pon ala2 terkagum tengok i tetiba dapat kad raya lawa camni. Baru dia tau penangan dunia belog. Hehehe.. mcm ada union pulak.


Yang ini adalah bihun versi Amy yang menjadi idola i. Mula2 test power buat nasik goreng lembik, ptg tadi akhirnya terlaksana jugak hajat nk mkn bihun pucat.
Tima kasih bebanyak Amy. Aku puas hati dengan hasilnya walaupun PS buat pandangan jelik kat bihun tu [dia memang tak layan makanan pucat lesi tak bersambal nih!]


Dann... seterusnya, sambal tumis udang-yang-tak-tau-apa-pesen-tah!
Ini adalah untuk sahur pagi nanti. Harini kami tak balik umah Nenek Onah, so i kenalah masak. Sejak terpandang sambal tumis udang Sis Ed kat belog dia, i dah set dlm kelapa otak - udang sejemput dlm freezer tu aku nk masak mcm dialah...

i tak puas hati dengan kalernya. [bab rasa korang jgn tanyala, asal boleh telan sudah!]
Kenapa tak merah gelap macam Sis Ed punya???
Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Wowowowo... korang tengok gambar versi idola ni? Giler merembes air liur kan??

Sis,
Pakai cili cap apa?
Udang gred berapa?
Bawang import dari mana?
Minyak masak cap apa?
Apa ramuan rahsia?
Ada baca mentera ka?

Iskk... isk... sesungguhnya i bukan dilahirkan untuk menjadi tukang masak. Jadi tukang makan sajalah nampaknya....









0 Scribbles: