Pages

Sunday, September 6, 2009

MENGGORENG NASIK LEMBIK


.

Katup dengan penapis. Penutup kuali yang i beli tersangat besar dari kuali. Tak secocok.


Huhuhuhu.... sebagaimana tajuk, begitulah isinya. Sangat teringin [baca sebagai : Sangat malas masak lauk] nk makan nasi goreng di waktu sahur. So, nasik goreng lebam ini adalah kombinasi tips yang dikutip dari Kakak PS dan Amy Sweetdarling. Takmau guna cili blender, nak buat ala2 bihun Hong Kong yg Amy buat dan Nasik Goreng Kampung yg SIL buat last few days [di mana i mkn dgn sgt byk sekali - tak malu!]


Tapi... tapi... tapi... kalini lah pulaknya nasik yang ku tanak LEMBIK. Dah 2 minggu lebih posa, takde pulak nasik i lembik. Time i ada hajat nk buat nasik goreng, time tulah pulak nasik tu nak lembik.


Ahhh.. lembik tak lembik, adalah tak pedulik! Goreng jugak!


Jadi laguni. Jangan ada sapa2 gatai nk mintak resepi!

Selingan sikit. Dulu i cerita pasal kekecewaan i dgn Periuk nasik Elba hadiah kawin kan? Ni... dah ada periuk nasik baru. Pon hadiah kawin jugak. Tapi yang ni dapat masa kenduri belah MR. Tima kasih kat cousin ipar. Lama periuk ni terperap kat kampung. Masa awal posa haritu kami balik Parit Buntaq, so, i punggah cari periuk ni. Sungguh berjasa si kecik Khind ni di sepanjang Ramadhan. Tanpa periuk nasik karan ni, tatau la apa nasib MR dan PS di kala bersahur. Hehehe.. i kan sgt hazab memasak nasik. Dalam dok guna periuk karan pon dok asyik masak nasik lembik, kalau pakai dapo gas... ???


Gambar periuk nasik berlatarbelakangkan sepapan kopi O Radix. Hehehe. Motif beli sepapan? Support my emak kumpul point HPA dier... Dan kesannya, SEMBELIT memanjangggg.... [bukan salah kopi tu, i memang ratu sembelit]





0 Scribbles: