Pages

Powered By Blogger

Saturday, September 5, 2009

KGSAAS ADALAH SEPERTI KAMPUNG HALAMAN SENDIRI

.
Petang tadi akhirnya buat julung2 kalinya [utk Ramadhan thn ini] kami berbuka di luar. Suasana cukup berbeza, tambah2 lagi sebab ada si Mencah! Mujur tak terkehel pinggang ramping i kerana asyik terpaksa menoleh ke kiri dan kanan nak mengenalpasti lokasi dia!

Oh Tini, sesungguhnya magic tidak berlaku seperti yang diharapkan, walaupun untuk sesaat!


*******************************************************************

Dalam kereta lagi kesabaran dah diuji. Dah la jalan jem satu Malaya. Masa berhenti kat RnR Elmina sbb Babah dia nk tukar baju, lagi sekali perut i kejang nk mengontrol [apekah] budak lindungan bulan ni. Mungkin jugak salah kami, sebab PS parking keter betoi2 depan playground! Hazabbb.... dia dh meronta2 mcm cacing kena panggang. Terpaksa kuar dari keta sementara PS tukar baju kat toilet dan bagi chance dia membuas seround...





*************************************************************


Selebihnya Mencah buat aktiviti 'bebas' mcm di rumah sendiri di KGSAAS.
Eh, Eynda duduk sini kan?

Makanan sedap. Tapi... tapi... tapi... malangnya apa yg dah habis licin TIDAK DI TOP-UP LAGI. Ape kes weii... 15 minit habis semua licin! Dahla pinggan aku atas meja asyik 'hilang' jer. Baru makan separuh, pastu i bangun dari meja kejap nk pi amik air, tengok2 pinggan dah kena angkat. Bangun kejap nak pi usha Mencah, balik tengok pinggan hilang lagi. Hadoihh... tak pasal2 aku jadi sohabat syaiton tanpa disengajakan. Korang rajin clearkan meja tapi tak top-up makanan yg dah abis licin. Semua org cam tercangang-bangang tak tau nk ceduk apa dlm dulang kosong. Kekekeke... Nak halau suh guests merambus cepat ekk...


Jumpa geng baekk punya! Sama naik kelasakan dua-dua budak bertuah ni. Tapi si Ilham ni aku tak heran la sgt sbb dia boy kannn... yang anak aku ni apa kes? Mujur la table kami ni dlm hall, kalau tidakkk... silap2 aku terberanak kat sana sbb dok main aci ligan dgn dia!



Tuu.. tu atas stage tu puan-puan. Kejap2 dia datang bilang sama aku, Mama nak stage! Mujur jugak ada stage kosong tu, sakanlah dia menggedik turun naik main kat situ. At least, tak la penat aku nak bangun-duduk sokmo nk cari dia di celah-celah table org lain. Masa i balik dari solat maghrib, nak pengsan tengok anak aku terbaring terselak atas stage sambil goyang2 kaki isap botol. Mengangkang mengadap audience lak tu! Ni aku suh PS yang snap gambar ni, tak gamak aku nk pi dekat2 tangkap gambar, nanti org tau aku ni mak dier. Kekekekkeke....



Ni masa nak balik dah. i tak larat nk jalan pi parking. Tunggu PS ambik keta kat depan pokok 'kismas' [bak kata Mencah]. Tu dia tgh kata - Mama, mana tangga? Camana?

Kenapa tangga??? Dia nak panjat pokok 'kismas' yang ada lampu lip-lap tu lahhh... haru betul anak dara ku.


********************************************************


Masa nak balik singgah Tesco Shah Alam. Bagi dia membuas kat indoor playground dlm tu kejap. Lepas ambik 2-3 brg, terus i ajak PS balik. Tak larat la weh nak jalan banyak2. Perut i dah 'melondeh' giler rasanya. Segitiga emas i dah tak selesa kekdahnya. Kang aku terkucil kat situ lagi haru.





Pantang Babah dia bangun dari driver's seat tu. Dia akan take over Ferrari kontot tu kejap. Lagi 5 minit nak sampai umah, budak lindungan bulan ni akhirnya pitam. Hohohoho... best! Angkat terus masuk bilik, hapah pon dia tak sedar dah. Barai baiii.....

So, minggu depan akan berdepan dgn situasi ini lagi nampaknya dan mungkin lebih mencabar. Buffet yang kami nanti-nantikan setiap tahun [sengih lebar] akan menyusul Jumaat depan. Itu pon kalau i belum beranak la. Kalau tak, PS jerla dpt layan Shogun sorang-sorang.

Mencah oh Mencah... kamu memanggggg.... anak Sepol. Huhuhuhu....











0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker