Pages

Powered By Blogger

Thursday, October 22, 2009

KRONOLOGI KELAHIRAN ASYRAF


.
Rasanya entry ni akan jadi panjang berjela. Sapa2 yang ada masa terluang, silalah baca. Sapa yang bizi jgn baca, nanti kena marah dgn boss, i tatau. Catatan ini lebih kepada personal memory to us [myself and hubby and of course Asyraf]

20 Sept - Raya pertama, saya okay ajer. Takde rasa contraction apa. Tapi badan memang sangat tired sebab tak cukup tido dan sibuk berulang alik Tmn Bayu - Batu 16. Malam raya tu ada aktiviti takbir rumah ke rumah kat Bt 16. So, 3 of us port kat umah Nenek Onah dari bukak puasa sampai pukul 1 pagi. Memang riuh rendah melayan budak2 main bunga api, masak-masak, bukak hamper etc [ok, i admit.. sebagai mak buyung i byk duduk melepap ajer :P]

Sebab kesiankan bini boncit dia [alasan jer tu :P] PS tak abis tawaf takbir kat semua rumah. Dia lari balik awal dan kami bertiga bertolak balik Tmn Bayu pukul 1 pagi. Sampai Bayu, kami tak terus tido. We did some cleaning - sapu2 buang habuk dan kemas2 sesikit. Kan esok nak raya..Then PS went to sleep tapi MR tak tido jugak lagi. I terpaksa tongkat mata sebab nak alter lengan baju kurung Mencah yg panjang berjela dan gosok baju2 utk pakai raya esok [mencik tau... sedangkan i takde baju raya]

Gedebuk-gedebak, almost pukul 4 pagi baru i tido [isteri mithali sungguh kan?]

Pukul 6.30 pagi kami dah bangun sebab nak siap2, mandi sunat raya dan nak cepat pegi umah Nenek Onah sbb PS nk solat sunat raya kat masjid sana. Masani badan memang penat tapi tak rasa lagi sbb excited nak raya kan. Lepas solat, makan-makan, ambik gambar then tibalah masa nk bertolak balik kampung Ulu Yam. Lepas arrange sapa naik keter sapa, sapa jalan dulu bla... bla... bla... PS kata kami 3 beranak nak pi last sekali sbb nk bagi chance Aisyah take a nap barang sejam dua [Ulu Yam dekat jer dgn Rawang] Lagipon org lain tu nak pi ziarah kubur dulu. Nenek Onah kata i dah sarat sgt, tak yah lah pegi kubur.

So, 3 of us bantai tido dulu. Masa PS kejutkan i nak ajak bertolak ke kampung, i dah mula rasa something. Perut tak sakit, tapi kaki dan betis rasa lenguh sangat-sangat. Lenguh mcm tgh period pain. Raya punya pasal, gigihkan diri dan ikut jugak PS balik kampung.

Dari satu rumah ke satu rumah kami singgah. Penat tok sah nk kata. Makan pon ala kadar jer. Ambik syarat jer rasa serba sedikit. Pukul 4 ptg, kami dah penat gila2. Dari Ulu Yam, i ajak PS balik Bayu terus. Tak daya dah nk sambung havoc kat umah Nenek Onah. I ckp kat PS, kang mlm nnt ker... esok pagi ker... kita dtg lagi Batu 16.

So, that nite MR terpaksa telan ubat sinus dose tinggi sbb hidung dah start berair dan terus went off to sleep. PS lak cam biasa, asal ada bola kat TV, rela tongkat mata. Masa PS masuk bilik nak tido, i tgok jam masa tu pukul 2 pagi.

Thennn... i mula rasa sakit lain mcm dari pinggang belakang. Sekali.... dua kali....tiga kali. i dah tak sedap ati, kejutkan PS. PS plak dah mula teruja [teruja? apekah!]. Dalam pukul 4 pagi camtu, i bgn kemas2 brg Mencah dan brg2 nak bawak pegi hospital [yerr... saya tak ready beg nak pegi sepital awal2, tapi semuanya within reach dlm bilik hujung tu] Siap mengemas, saya ambik wudhuk nk solat isya' [hohoho... yer, saya tido sebelum solat isya' mlm tu sbb kepenatan sesangat, tido pas maghrib]. Lepas solat isya' saya gagahkan diri solat sunat [kena bagitau, sbb i bukan selalu buat yg sunat2 ni :P] Sepanjang saya solat isya' tadi takde rasa contraction apa2. Tapi, tapi, tapi, masa sujud akhir solat sunat tu... tiba2 kesakitan yang amat sgt menyentap2 kat pinggang. Mata dah nak berair tahan sakit. Baca Tahyat akhir pon sambil tahan kerut2 kat muka.

Lepas jer bagi salam, saya terus jerit panggil PS ajak dia siap2 hantar Aisyah ke umah Nenek dan terus pegi hospital. Bertuah laki aku, sempat lagi dia surf internet nak tengok betul ke bini dia ni tgh contraction atau lagi sekali false alarm mcm haritu. Hohohoho...

Pukul 5 lebih kami dah pon kat highway, heading to PMC [Mencah masa tu dah di hand over kat Nenek]. Sebelum tu, PS dah call PMC siap2, bagitau that we are coming and to check whether diorang boleh accept kami ke tak. Syukur, PMC tak tutup dan Dr Zarul was on standby [kat umah dia]. Saya sebetulnya nak bersalin dgn Dr Ratna, but unfortunately she's on leave that day. Zarul pon Zarul la...

Masuk labour room dah dekat pukul 6. Masa tu i dah gabra tak nampak batang hidung PS. Sakit dah bergulung-gulung dah ni. Lama pulak dia solat subuh kalini. Huhuhu. Masa PS muncul, i was on CTG and the nurse said that my contraction memang dah kuat tapi sela masa nya tak menentu. Another nurse came in and I was told then [selepas di'seluk'], that i was already 4 cm dilated and am going to deliver the baby today! Dah mula panic hokay!

Then, another nurse came in untuk masukkan ubat berak. Lepas berak, terbaring lagi dlm labour room tu tapi bayang doktor Zarul tak nampak2 jugak. Me and PS tanya lagi kat nurse2 tu... doktor nk datang tak ni? Dalam pukul 7 lebih, contraction dah makin bergulung-gulung and it seems unbearable anymore for me. Sakit okeh! Everybody was surprised [including PS] when i asked for epi! The nurses berpandangan sesama sendiri. All they can say is... we'll see what we can do. Sebab kalau Puan dah bukak more than 4 cm kami tak boleh bagi drug apa dah, takut nnt puan takde energy nak push.

I was like... tak kan lah dah bukak byk sgt... dengan Mencah dulu, pukul 4 petang pon aku bukak tak sampai 4cm lagi. I tot that this time pon sama mcm dulu la...

Nurse yang sorang lagi datang nk cek bukaan and we were really shocked when she said - dah 7 cm Puan... tak boleh ambik drug apa dah. Dr Zarul will be here anytime, kejap jer lagi Puan. Puan sabar yer.

Almost 8 am, Dr Zarul masuk sambil sengih2 dgn begitu cool sekali [did i mentioned before, he is so kacak walaupon sudah berumur 50-an]. He smiled at me and said... Haaa... mengantuk yer... takper.. dah nak bersalin pon. Dengan penuh bergaya sekali, he put on his gloves [or finger coat or whateva] and he 'took over' the whole process sampai i rasa semuanya menjadi begitu pantas dan mudah!

No shouting, no arguing, misi2 pon relax sajork [aku jer yg tak leh relax dah].

OK, dah 9 cm. Kalau rasa sakit, teran yerrr...

Sekali, dua kali, tiga kali dan entah berapa kali lagi tah... [sudah hilang ingatan!] Baby tak jugak kuar. Saya sudah lemah sangat2.

Dr Zarul ulang lagi, sakit teran yerr...

Boleh pulak aku jawab - Tak sakit!
What i mean is, tak sakit sangat mcm masa Mencah dulu. Masa Mencah dulu, kesakitannya sgt memuncak membuatkan i rasa nak teran sekuat-kuatnya.

Tiba2 mulut kena tekup [oksigen kot] dan i dengar suara Dr Zarul bagi arahan kat the nurses..

10 degrees, 20... [jgn tanya, aku pon tatau apa menda yang degrees nya]

Tiba-tiba i rasa urat pinggang mcm nak putus. Sakit memuncak mcm masa Mencah dulu tiba-tiba datang menyerang! Hambik ko! Menyesal aku kata tak sakit.

Teran lagi...sekali, dua kali tah baper kali... tak lepas jugak.

Then dah tak ingat apa2, teran lagi... dan ASYRAF akhirnya keluar dari perut boyot mamanya dengan bantuan vacuum! Hohohohoh... koyak rabak bagai nak rak la gamaknya!

Asyraf came to this world on 21 September 2009, at 8.35 am dengan berat 3.6 kilo! i sakan beraya awal, tu yg anak i jadi heavy weight tu. Alhamdulillah semuanya selamat.

How much is the charges? Sangat reasonable dan berbaloi-baloi dgn layanan dan tahap profesional Dr Zarul... rm1800++. Thanks to my beloved Pakcik Sepol sbb bagi i bilik single bedded dan temankan i satu mlm. Plan asal nk ambik ward 4-bedded, tapi sbb sepital sunyi sepi sbb takde org banak, laki i kesian kat i... kang sorang2 keras kejung dlm bilik besau tapi takde geng. [visitor tak boleh bermalam sama dgn patient kalau ward 4-bedded]


My 1st meals after delivery.



For snacking la kononnya. PS yg tolong tibai.
I seram nk minum milo tu takut sembelit.

Gambar tu jer blom tunjuk lagi. Yang lain dah post dlm previous entry.

Kalau ada rezeki [dan keberanian utk beranak lagi!] next baby, i nak beranak sini lagi.
Boleh yer bangggg.... eheh









0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker