SitiSifir, sila ambil perhatian... entry ini tiada kena mengena dgn contest anak daraku bertocang :P
Malam Sabtu, Makcik tgh bersenang-lenang depan TV. PS blom balik [biasalah, menyinggah cium tiak Nenek Onah dulu :P] Mencah lak kat dalam bilik bibik. Dengaq jugak depa dua orang ni dok mengukik gelak. Lantak depalah... janji Mencah tak kacau Makcik tengok TV sudah [kalau dia ada, kompom dia melalak suh tuka channel]. Bukan senang tau Makcik nak dapat peluang menonton dgn aman camni. Kalau bapak budak-budak ni ada, ESPN sesajerrrr... nyampah mak!
Tiba-tiba, si Mencah muncul kat depan hall dengan gaya yang sangat gerdix! Tersengih-sengih...
Si bibik ikat 2 tocang kat rambut dia. Itu separuh masa pertama. Lepas Makcik snap2 gambar, depa sambung 'bergedikan' kat dlm bilik. Kebetulan Makcik nak pi dapo minum air, jenguk la tengok apa depa buat dalam bilik...
Dah ikat reben, pakai bedak compact pulak dah... yang tak tahan, kat bawah bibir dia tu bibik tenyeh dgn celak hitam - buat taik lalat! Makcik sengih jerla. Si bibik ni takut aku marah kot pasal dia memandai mekapkan budak ni kan...
Kak, saya taruk bedak saja... enggak bubuh yang lain-lain...
Makcik senyum jer. Tak kisahlah, takat sapu tepung gomak camtu kann... Bagus jugakla si Mencah dah mula ngam dgn bibik. Lama jugak tau Mencah ambik masa nak get along dgn dia. Maybe sebab selamani Mak dia ada depan mata kan... apa2 pon nak mak dia jugakla. Since Mak dia dah keja, bibik pulak la yang jadi tukang bancuh susu dia. So, nak tak nak, dia kena 'kawan' gakla dgn bibik.
Celik mata subuh-subuh hari...
Saya dah lapar pulak ni... nak susu... mana kakak [bibik] niiiii !!!
0 Scribbles:
Post a Comment