Pages

Powered By Blogger

Friday, November 20, 2009

MAKCIK CLEANER BERBAJU MERAH





Hari pertama bekerja setelah bercoti panjang adalah sangat fenattt!

Satu PID ni berdebu. Penatnya menyapu, mengemop dan mengelap. Dah mcm Makcik cleaner jer Makcik taww. Pastu, Makcik ada sikit hangin sama itu *tettttt* [terpaksa di tett kan demi keselamatan negara] sebab mereka telah mencabut dan mengalih kedudukan printer. Ketahuilah, bahawa Makcik sangat hazab bab-bab nak wiring [apekah?] connection printer dan PC-PC dalam PID nih. Januhla Makcik nak connect balik printer tu kat PC nanti. Dahlah PC-PC semuanya berkeadaan nyawa-nyawa ikan...

Sampai PID kol 8.30 pagi, ambik kunci kat PM, masuk PID nak ON lampu, kipas tapi semua tak hidup. Ohh...drip lagi la kut. Skang kan musim  hujan, ribut petir... kotak fius letrik kat PID ni memang terlebih sensitif mengalahkan pokok semalu. So, godekla kotak fius tu nak ON balik. Malangnya tak buleh. Asyik tendang balik. Mintakla tolong PM tengok2 kan. Dia pon tak geti. Abih dah bukan keje dia... kalau tenyeh buku ASB dia tau la kannn...

Sudahnya, talipon TNB. Setengah jam pastu, orang TNB talipon balik...
Tadi yang buat aduan kerosakan tu, KLINIK DESA ker hapa ekk....

Ewww.... bila kala la pulak Makcik Rehan ni jadi bidan nehhh...
Mengekek PM gelak kat aku. Padanla dgn aku yang baru beranak nehhh

Setengah jam pastu technichian TNB datang. Cek kat fius, dia kata ada wayar yang short. Cuba dulu guna cam biasa, kalau drip lagi kenala panggil technician Pos Mesia datang cek wiring. Dari pukul 11 pagi tadi, sampai saat Makcik menaip entry ni, semuanya berfungsi dgn baik. Takde drip dah. Makanya, buat-buat lupa jerla nk panggil technician Pos Mesia tu. Malas Makcik! Nanti-nanti kalau drip lagi bagus jugak. Boleh Makcik tutup PID dan merendek ke Tg Malim [ehemm...ehemm... Zel sila bersedia yer]

Tgh Makcik mengemas, tiba-tiba datang segerombolan anak-anak cina. Tersengih2, terjenguk2 kepala nak masuk. Terus Makcik sound... harini belum bukak larrr... boleh baca tak notis ni... Isnin baru bukak. Boleh pulak depa ni buat tak paham bahasa. Dok jugak tercegat depan pintu. Last2 Makcik sound direct, tak paham bahasa ka? Dah nampak mata Makcik terjegil cam ikan flower horn, barulah masing2 nak merambus. Ewww... koser aku nak bagi korang guna PC lah! Lantai aku tu baru jer nak berkilat okeh. Sekali depa masuk, habisla berselepat dgn bekas tapak kaki depa. Dahla musim-musim hujan ni kan.

Apa khabar anak-anak Makcik kat Bayu kan?






0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker