Pages

Powered By Blogger

Monday, November 30, 2009

ORANG BIASA JGN PERGI TEMPAT LUAR BIASA




Bak kata Sawsawlady, orang biasa-biasa mesti menyimpan impian yang biasa-biasa saja. Nafsu juga mestilah yang biasa-biasa. Makcik sebagai insan yang termasuk dlm kategori biasa-biasa itu sangat setuju.

Masalahnya, Pakcik telah menerima sesuatu hingga menyebabkan kami [Makcik dan Pakcik] terpaksa jadi orang luar biasa dan pergi ke tempat yang luar biasa.


Sudah hampir 3 bulan voucher RM200 Isetan ini dok terselit dalam dashboard kereta. Sebagai orang biasa-biasa, kami tak tau nak beli apa dgn RM200 itu!

Adakah 200 terlalu banyak untuk kami?
Adakah 200 terlalu sedikit untuk kami?

Hari Jumaat minggu lepas, kami bercadang nak pergi ke tempat luar biasa tersebut untuk membelanjakan 200 itu. Oleh kerana sudah hampir 2,3 tahun tidak pergi ke tempat luar biasa tersebut, kami kelihatan sungguh luar biasa! [atau lebih layak - sungguh kejakunan]

Parking di tempat letak kereta biasa-biasa. Tempat letak kereta luar biasa terlalu mahal utk kami.
Punyalah jauh, terpaksa menapak sampai rasa nak jogging jer terus kat Tmn Tasik KLCC tu.

Makcik ckp kat Pakcik :
Bila kita masuk Isetan tu nanti, mesti SA dlm tu tau yang kitani orang biasa-biasa yang tak sepatutnya datang ke tempat luar biasa ini sebab dia boleh nampak betapa belengasnya muka kita dgn peluh yang meleleh-leleh. Ini mesti org yg tak mampu sebab mereka parking terlalu jauh dari sini!

Dipendekkan cerita, voucher tersebut masih tersimpul rapi di celah dashboard kereta sebab kami memang tak tahu apa yang patut dibeli dgn voucher tersebut! Semua barang yang dibelek-belek adalah terlalu mahal untuk kami dan kami rasa tak berbaloi nak gunakan voucher tersebut untuk barang tersebut [ada paham kah ini ayat?]

Kesudahannya, kami hanya makan di Pizza Hut dan kemudiannya hanya membeli sepasang kasut BATA!

Dua kali Pakcik nyaris-nyaris nak terperasan jadi orang kaya sebab nak termasuk ke toilet yang berharga 2 hengget. Sanggup beliau menahan kucilan [apekah] sampai ke rumah demi nak menyelamatkan 2 ringgit beliau!

Moralnya, ORANG BIASA JGN PERGI TEMPAT LUAR BIASA


0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker