Pages

Monday, November 2, 2009

SUDAHKAH ANDA & KELUARGA PERGI BERCUTI UTK TAHUN INI?






Kami belum!




Dan anak kami dah macam budak jakun, dok main pelampung kat tengah rumah.
Celik mata mintak zebra. Nak pejam mata pon peluk zebra.
Haku yang naik hangin dibuatnya. Kejap2 suh tiup, kejap2 suh tiup.
Mengah la mama nakkkkk! [tipu, ader pam lah :P]

Mama... saya suka berpantai.... [pegi pantai]

Pastu dok buat gaya terkuak-kuak dalam pelampung tu.

Mama... saya suka berenam [berenang]

Lepastu dia selongkar lemari, kuarkan comforter atau bumper cot adik dia,
bentang kat tgh ruang. Pastu angkut besen dari dapur susun atas tu.

Mama... saya suka berkemah.... [berkelah]

Mari berharap agar suami mithali saya membaca entry ini dan berasa terharu,
lalu terus membooking hotel di Club Med Cherating! [wish tak hagak2!]


0 Scribbles: