Pages

Friday, January 1, 2010

MENCAH MESTI KURUSKAN BADAN



.
Hangpa tengok anak Makcik ni weyyy...
Dah mula ada ciri-ciri kembang setaman rashidah utama macam mak dia.
Mencah jgn la jadi macam Mama  nak oii..
Takut nanti 20 tahun lagi kamu pulak kena join 99HTN!

Swimming suit ni Makcik ambik yang size 5/6 - utk 5/6 tahun ya all...
Anak haku tu 3 tahun pon belum hokeh!
Apa kes nih?

Isi padat, nak angkat punyala berat!




Dagu berapa lapis nih?
Perut boroi macam mama!
Lengan, peha mcm dahan balak dah ni...




Lepas posing depan-depan, tiba-tiba dia kata,
Belakang la pulak mama...
Seraya mengiringkan badan sebegitu.
Lagi terserlah keboroian mu nak!

Kami laki-bini pakat gelak guling tengok budak bulatni pakai swimsuit.
Jenuh pujuk suh tanggalkan baju tu.
Saya nak swimmmm....
Banyakla ko punya swim nakkk, silap2 penampung pon tak tertampung kamu yg 15 kilo tu!





Dah mcm rupa Rosnah Mat Aris!
Hahahahaha....




Boring sudahhh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adik mula-mula cool...
Senyum-senyum tengok kakak dok tergedik-gedik melompat...

Saaayang adik!



Tapi...tapi... tapi...
Lepas jer menggedik tangkap gambar,
adik melalak nak tido.
Asyraf kalau nk tido mulalah jadi serba tak kena. Keras2 kan badan.
Ingatkan dia lapar, sua botol susu nak bagi dia isap, sekali membuak dia muntah.
Bila nk tukar baju dan diaper dia yg kena muntah, rupa-rupanya dia berak selambak!
Lepas jer bersihkan badan, tukar baju bagai,
terus tido tak bgn2 sampai sekarang.

Anak oh anak...

Waahhh... entry pertama di tahun 2010.
Selamat Tahun Baru ya all !






0 Scribbles: