Adalah diramalkan,
Perkara-perkara berikut dijangka meningkat pada bulan ini.
Bil elektrik
Nak masak apa sikit, tettttt... tekan suis oven/ microwave
[org jakun mmg mcm tu]
Bil air
Beria-ia memasak, buat muffin bagai,
haruslah jenuh nk mencuci phenggan mhangkok hayon yang berminyak-minyak.
Belanja dapur
Nak membeli bahan-bahan mentah
untuk aktiviti main masak-masak tu bukannya sedikit tahu.
Tu blom kira acuan, loyang, pengayak, penyepit, penguli, pengacau, peng segala peng...
[sekali aku panggg karang!]
Selain dari peningkatan perkara-perkara di atas,
tahukah kalian, ada satu lagi perkara yang CONFIRM telah meningkat??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lepas beranak 83 kilo.
Sekarang????
Selepas kantoi 99HTN,
Selepas kantoi Jusmate,
Selepas kantoi diet [diet kah?],
[konon-konon memberi laluan kepada segment penyusuan badan kann...]
Kini, setelah semuanya sudah hanyut di laut china selatan.
Berat Makcik semalam adalah
89 kilogram
[tulih kecik-kecik sudahlah, nanti Pakcik hang nampak!]
Buat kesekian kalinya,
Jusmate ku terdampar kesunyian di sudut lemari PID.
Orang lain sumer dah kurus dok minum Jusmate nih,
[kan Amy kannn...]
Makcik Rehan dan Ahkak Zalia...
mungkin kami telah ditakdirkan untuk menjadi gemok sampai tua!
0 Scribbles:
Post a Comment