Pages

Powered By Blogger

Tuesday, March 23, 2010

DDMR : MENYUBURKAN TUBUH ANAK




.
Semalam Oli tanya,
Mencah mkn apa... badan dah mcm Michelin!
Dagu dah berlapis-lapis...

Mencah sekarang memang kuat makan.
Siang hari, Bibik kata pagi-pagi dah mintak roti bakar atau biskut cicah air milo...
atau roti dengan butter dan mayonis...
nanti tengahari mintak nasik dengan telur kunin....
[Mencah sukaaaa banget makan telur kuning]
petang pukul 4 mintak lagi apa2 makanan nk kunyah..
even kadang-kadang pukul 4 pon dia mintak nk makan nasik!

Pantang ada orang kat dapo,
dia nanti ulang-alik dok bukak tutup pintu peti ais tu..
cari apa2 makanan yang boleh dimakan...
sangat-sangat hantu coklat...

Disamping makanan-makanan di atas... susu jgn dilupa yerr....
rasanya di siang hari tak kurang dari 4 botol sehari...10 oz setiap sessi...

Aktiviti jasmani pulak agak terbatas hanya di dalam rumah
Maaf, Makcik tidak seperti Mak orang lain yang 'berani' bagi anak main-main kat luar pagar
dia main lompat-lompat kat luar hanya sekali-sekala... dengan ditemani oleh Makcik atau Pakcik
Sangat tidak harap nak biar dia main kat luar sorang-sorang atau dengan Bibik sekalipun..
sebab Bibik ni sangatlah halai-balai.... sekali terlepas pandang, Mencah dah ada diseberang jalan!
Oh tidakkk...!

Ditambah pulak dengan tahap kesihatan dia yang boleh dikatakan terbaek buat masa ini...
Sudah sangat lama tak kena demam atau selsema atau batuk...
makanya, makin menjadi-jadilah kesuburan tubuh badannya...
makin boroilah perutnya... muahahahaha...

Mujurlah dia masih 'buas' walaupon di dalam rumah...
asyik berpeluh semedang sebab rajin memanjat dan memunggah...
lagi pulak rajin berlari main kejar-kejar masa nak bagi mandi, tukar diapers atau basuh berak
[sampai kdg2 rasa nak tambat kat tiang!]
Kalaulah dia ni jenis melepap mcm Makcik....
Huwaaaaa..... lagi melendutla badan dia kan kan kan..

Anyway,
dinner mlm tadi Makcik masak spaghetti simple ni...
Masa lepas maghrib Makcik nak suap dia bagi mkn, dia takmo...
pedas kata dia. Lagi pulak bibik kata pukul 4 tadi dah mkn nasik...
Sekali dah dekat pukul 10 mlm...

Mama, perut saya dah lapar pulak niii....

Hadaplah spaghetti bolognese di tengah malam!


Oli, ada berani suburkan anak awak mcm anak saya?

.

0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker