Pages

Saturday, November 15, 2008

KEPINGIN NAIK BASIKAL KUNING

Sabtu ptg, lepas mandi, sapu krim gatal segala... saya bagi can Aisyah keluar. Dkt 3-4 hari dia tak main diluar sebab faktor cuaca dan demam dia kan. Pakaikan jer selipar buaya cap ayam dia, meluru dia pegi panjat basikal kuning dia.


Masa mula2 dia naik tricycle kuning ni, I have to put down the palang kat belakang dia tu utk support badan dia. Sekarang, kalau kita sesaje letakkan palang tu kat depan dia, mesti dia mengeluh2 suh kita singkap palang tu ke belakang balik. As tho telling us that I am big girl oredi. I dont need support anymore. Notice tak bibir atas dia mcm terjojol sikit ke depan?



Close-up. Dia asik buka-katup mulut, gerak-gerakkan lidah dan bibir - mungkin tgh nk adjust dgn gigi yg baru tumbuh. Sampai sekarang, I takde peluang langsung nk belek gigi dia tu. Baru pegang mulut dia sikit nk intai2 tengok, dia dah merengek. Pulak tu, mulut tu tanak lepas dr menggonggong botol...


Bila hari dh makin senja, saya pujuk dia : Dah la, kita masuk dlm ekk....byk nyamuk ni...
Dia jawab : Uuhhhhh...
sambil kerut2 muka, dan pegang handle basikal kuat2 tamau bagi kita angkat dia.

Sayu pulak nengoknya kan.
So, saya masuk dalam, ambik tudung, ambik kunci keter : Jom mama bawak pusing2 nak?
Laju jerla hulur tgn suh dokong!

Saya tau satu tempat yg paling dia suka.


Tapi kalini muka dia mcm tak suka. Nak senyum pon tak larat agaknya.
Nilah mesin mainan kesayangan saya dan suami. Paling dekat dgn umah dan paling murah nk bandingkan dgn kat tempat lain. 50 sen satu round. Alahai, sedihnya tengok muka anak mama nih...



Bila mesin tu dah stop, terus dia berdiri atas mesin tu dengan muka yg bertambah kelat.

Sapa nk try mesin 50 sen ni, meh dtg Kg Melayu Batu 16. Betul2 kat depan pasaraya MSM. Sepelaung dr umah Atuk Acan.


On the way balik umah, half way dia merayap dtg nk duduk atas riba mama dia. Nak drive sama2. Saya bagi can la... sepanjang jalan asik main hon, main signal.


.



0 Scribbles: