Pages

Powered By Blogger

Tuesday, March 31, 2009

CUTI-CUTI SAKIT


.
Semalam Monday kami laki bini 'tupor' kat umah. Saya demam, selsema dan batuk kong-kong sampai ala2 nk hilang suara. Babah Mencah sakit mata (jeles siot, dia dpt MC sampai 2 hari). Pagi dlm kol 10 masa nk pi klinik panel, saya cakap siap2 kat hubby, nk suh doktor check tengok saya ada athma ke tak. Abg jgn terkujat lak kalau tetiba doktor kata bini abg ni ada athma. Hehehe...

Mula2 doktor check dia dulu. Bila saya dengar jer doktor bagi dia MC 2 hari, saya pon ala2 berdoa semoga dpt MC 2 hari jugek! keh keh keh...

So, lepas doktor check saya punya demam, batuk, tekak segala... saya pon ckp... doktor, saya ni ada symptom2 athma ker? Malam2 saya selalu susah nk nafas sbb blocked nose. Phlegm saya byk.

Doktor kata TAKDE. You takde wheezing sound pon. Semua tu sbb flu yg teruk sangat. Plus your sinus. Avoid icy drinks and fried foods, Minum air suam byk2. Kumur dgn air garam. BP pon ok. Tapi I tak leh bagi antibiotik sbb u tgh preggy. Ohhh....Alhamdulillah. Sgt lah happy sbb mender yg paling saya takut tidak berlaku. Baik doktor, saya akan ikut ckp doktor. Hehehe....
Ala wei...dpt MC sehari jerk la... huhuhu...

Anyway, kenapa kesihatan kami laki bini begitu merudum minggu lepas? Sebabnya, weekend kami dipenuhi dgn aktiviti merentas desa seperti berikut:

  1. Pegi 1 Utama ambik brg umah. Masa nk balik, kami berhujan sbb nk adjust brg yg besar gedabak (plus hadiah besday Mencah!) dlm keter kontot saya. Uwaaaa....kenapala kita tak bawak si Merah tu bang.... Tertonggeng-tonggeng kami laki bini dlm hujan yang makin melebat nk adjust masukkan hud dan hob yang sungguhhhh besaq gedabak! (parking depan Jusco Home Centre is uncovered BTW) Dengan carseat Aisyah, stroller dia... silalah bayangin yer kawan-kawan. Hazab tak hengat!

  2. Kami ke Subang utk finalizekan design and material kitchen kabinet. Kenapa pergi sejauh itu? Sebab setelah berbulan-bulan kami usha sana sini, situ jer yg paling murah dan berada dlm lingkungan bajet Makcik Rehan. Tempat kami pegi tu adalah bukan showroom yer kawan-kawan. Sebaliknya adalah factory dimana opis keciknya adalah di tingkat atas kilang tersebut. (Skang anda tahu sebab apa murah kan...) Habuk toksah tanya la... even kat opis tingkat atas tu pon... semua surface berabuk! Lagila bertambah teruk saya punya sinus. Aisyah pulak sampai 2,3 kali kena wipe tgn dan kaki dia dgn wet tisue sbb satu badan kena habuk. Tau jerlah budak ni... mana dia singgah, semua jadi rumah kedua dia kan. Siap main kejar2, nyorok2 dgn anak sapa ntah (customer lain).

  3. Setel kat Subang, berdesup plak pegi HUKM nk visit adik laki saya yang bininya baru bersalin. Kesian pulak kalau tak jengah tengok, dah la mak ayah saya pon tak dpt datang kan. Lagipun, lepas kuar sepital, depa nk terus balik Teluk Intan (berpantang kat sana). So, dlm hujan lebat, kami telah sesat barat nk ke sana. Bukan saya tak penah pi area sana...berkali-kali dah jalan area Cheras nun dan HUKM tu pon aku dah penah pi. Tapi sejak dh kawin ni, memang aku ada masalah short term memory betulla. Boleh terlepas sampai ke plaza phoenix! Nasib baik aku tak sampai Kajang terus. Huhuhu... Sampai sepital lagi 15 minit nk abih waktu melawat. Redah hujan lagi...pasal adik aku suh naik jugak. Mula2 ingat nk jumpa dia kat bawah jer kejap pasal leceh nk usung Aisyah dlm hujan. Masuklak wad yang beraircond. Makin mantaplah aku punya demam dan batuk.

Soon to be named Ahmad Syahmie - 2.5 kg via ceaserian. He got his daddy's face!


Enuff for now. Nanti masuk opis sambung entry baru.


Nota : tupor (bahasa org Perak) = terbaring





0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker