Pages

Powered By Blogger

Wednesday, April 29, 2009

BERDANDAN DI PAGI HARI : Updated with tips for Kak Lis


.
Wahhh...tajuk entry meletops giler. Sapa tak percaya i tgh berdandan, sila terjun lombong. (lagi sekali!) Nyampah mak!

Pagini i keja okeh. Aduhh...sgt MALAS dan PENAT rasanya. Semlm, i rasa mcm seorang wakil rakyat taww...penat kehulu-kehilir. Bertuah taww suami saya dpt bini serba boleh (kerr asal boleh?) mcm i ni taww. Nantilah i story the morning glory yek.

Sambil tgh bersiap2 dan berdandan rapi (uweeekkk...dandan lah sgt) i on laptop cabukni kejap. Wah, laju plak stimix pagini. Updatelah sikit kan, sambil2 menempek stretch mark lotion (kulit dh merekah huduh kemain, baru aku nk sibuk2 berlotion bagaiii...) dan jugak krim gatal (anggaplah ianya pembawakan budak yer). Dan sambil menunggu si puteri idung kepek terjaga dari tidur supaya boleh dibawak turun bawah. Suspen aku kalau biar dia tido lama2 kat atas, kang senyap2 dia bgn, dia 'kemas' licin semua bilik2 kat atas ni. Favourite dia, panjat katil double-deck then tergedik2 menari dan menyanyi ala2 tgh buat konsert AF. Paling aku seram, oleh sebab terlebih lazat tido...dia turun bawah dgn seluar yg basah menjejeh.
Kecinnn! bashah! Uhhh...trauma aku taww.



Inilah dia lotion penyelamat yang tak berapa nk berkesan keatas kulit Makcik Rehan yang dah menggerutu mcm kulit kayu cengal terlebih umur. Bolehla, buat melegakan 20-30% gatal merenyam kat badan i.

Org kata, patutnya masa bulan 1st lagi dh kena start sapu lotion, cream bagai, barulah mujarab dan kulit lawa. Apa ingat aku tadak keje lain selain dari nk mengusap perut yg dah sememangnya boroi ittew?

Bak kata buku kata2 hikmah yg i baca tu, yg dh berlalu biarkan berlalu. Yang sekarang ni jer kita ambik kira okeh! wahh..kalau hat yang bagi menang kat aku cepat jerla aku ambik iktibar ekk. kikikiki...



**************UPDATED*************


Soklan dari Kak Lis : nak tanya. kalau perut ala2 roi (boroi) sket kan (cam perut kak lis nih, kot ngandung nanti lemak2 tu go away ke sbb ditutup oleh perut yang mengandung atau pun lemak2 tu tetap ada walaupun kita mengandung? ehhh tak tau la kalau rehan paham tak kak lis tanya nih...

Jawapan : Saya sgt paham soklan itu K.Lis. Hehehe. Sebab saya adalah jugak sorang 'pemboroi' hatta sebelum mengandung. Kakakaka... Lemak2 tu tak akan go away kak. Sebab tu tiap kali scanning baby, telinga i akan panas berdesing bila doctor cakap : Kulit perut u tebal nih..kalau tak, mmg dah boleh nampak dgn jelas baby's movement dlm perut. Doktor tu sebut kulit tebal sbb nk sedapkan hati i. Actually dia nk ckp lemak i tebal kann...

Bila perut makin membesar, lemak2 tu akan 'mengencang' seiring dgn pembesaran perut. Masa tu kita akan nampak mcm lemak2 kita dah menipis. Padehal dia tak pi kemana pon. Cuma dia meregang sajork. Lepas dah beranak nanti, lemak2 tu akan bersatu semula dan masa tulah akan kelihatan kulit perut yang sangatttt huduh dan hazabbb. Strecth mark akan mengendur sampai nampak mcm kulit kuda belang (serius nih!) cuma takde kaler itam putih jer. Hihihihi....

Oleh itu...adalah sgt penting utk sapu lotion ker haper ker...sejak dari awal2 kandungan. Kalau perut rasa gatal2, sila kuatkan iman dan JAGAN GARU dgn bersungguh2 mcm Makcik Rehan. Garu2 manja shj okeh! Lepastu, masa pantang silalah rajin2 pakai bengkung dan sapu perut dgn kapur + perahan limau. Utk makluman, Makcik Rehan tidak melakukan semua itu okeh! Mak saya sampai dah berbuih-buih mulut berleter taww. Lepas banak, nak tunjuk perut kat laki pon malu sbb terlampau hazabb. Wakakaka.. nyesal pon tarak guna lorr. Melainkan buat liposuction. Ewww....kose mak okeh!

Moralnya Kak Lis, sila persiapkan mental dan fizikal sebelum mengandung. Persiapkan juga mental suami Kak Lis agar bersedia menerima 'transformasi' bini dia selepas beranak nnt. Laki i dah immune kot... hihihi...

p/s : Pesanan di atas dibawakan oleh Makcik Rehan yg sgt tidak mengambil berat hal ehwal kecantikan diri. Perlu diingat, ada ramai wanita2 lain yg berjaya mengekalkan kecantikan diri sebelum dan selepas kawin melalui langkah2 bernas yang diambil dari awal. Contohilah mereka okeh. Sapa ikut contoh Makcik Rehan, alamat terjun lombong jerlah....





0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker