Pages

Powered By Blogger

Thursday, May 14, 2009

ENTRY 16K SESSI PETANG


.
Lagi entry tanpa motif, demi 16k.

Tadi kan, 2 pompuan yang gila 16k iaitu saya dan Oli telah bersembang tanpa tujuan. Memang kami ni dasar perempuan suka curi tulang dan malas keja [tapi berangan besar!]. Kebetulan pulak tu...saya mkn maggi goreng tghari tadi dan Oli pulak mkn maggi rebus [harap lepasni MAGGI sudi ambil kami sebagai duta produk mereka]

Kejap, sebelum tu kan... ada lagi sorang pompuan gila 16k yang tak kurang hazabnya mcm MR iaitu Zalia Chaiyok. Korang dah tengok koleksi barangan gajah putih dia? Sila terjah blog beliau sekarang.

Saya kata kat Oli, saya skang semakin malas nk kerja. Teringin nk duduk rumah goyang kaki dan goyang perut shj - tunggu suami balik kerja, cium tgn, hidangkan makanan [mcm yang isteri2 mithali selalu buat tu...] Tapi, dlm masa yang sama saya nak ada kereta, ada bibik, anak2 hantar kat nursery, pegi kelas gym, pegi spa dan salon demi menjaga kecantikan diri, ada allowance shopping bulanan dan sebagainya....

Kalau dapat semua2 tu barulah kami boleh jadi isteri dan ibu yang benar-benar mithali. Dan rumahtangga kami aman bahagia. Dan anak-anak kami tidak terabai dan mendapat perhatian serta tunjuk ajar sewajarnya. Dan kami pun akan kekal cantik jelita dan ramping mcm kerengga.

Lepastu kami sama2 ketawa berdekah-dekah sampai terguling-guling. Dan lepastu kami ambik keyborad dan ketuk kepala masing-masing.

Dan lepastu, Oli pon kembali meneruskan lakonannya..menekan-nekan keyboard seolah-olah sgt busy buat kerja dan download komik utk dialihbahasa...

Dan saya pula, terus membuat entry tanpa motif ini sementara menunggu pelajar hari Khamis 'kesayangan' saya [ika] sampai....

Dan korang-korang pulak.... jgn lupa jalankan tanggungjawab korang utk menekan iklan nuffnang dibawah. Sila tekan dan tekan sampai lebam!


Sekian, dari meja Makcik Rehan.




0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker