Pages

Powered By Blogger

Wednesday, May 13, 2009

KEHAZABAN YANG MEMBANGGAKAN


.
Tak suka nk berleter pasal menda ni. Dah selalu sgt buat entry pasalni. Tapi tak tahan la... nk membebel jugak. Takmau maki-maki mcm selalu dah [maki dlm hati saja] sebab tgh moncit mengandung, tak baek maki-maki. [maki dlm hati tak pa kot...pastu istigfar balik]

Saya harap ada boss besau-besau kat TM yang baca blog saya. Sangat2 berharap. Terlalu berharap. Dah jenuh talipon buat aduan. Cakap Melayu sudah, cakap omputeh longkang pon sudah. Suruh Mencah cakap jer belum. Rasanya dah penah cakap dgn semua operator TM.

TM Point Rawang pon dah byk kali pi. Mengadu dengan muka baek sudah. Mengadu dengan muka kerek pon sudah. Mengadu sambil sinsing lengan baju jer belum.

Technichian dah mai sekali, tahun lepas. Tapi dia check wayar saja. Connection bertahan selama 2,3 hari sahaja sebelum kembali hazab seperti sediakala. Modem biru ni dah penah bawak tunjuk kat TM Point Rawang, depa check lebih kurang - tak ada yang rosak kata depa. Sudah request for 'person yang benar-benar incharge pasal streamyx' utk dtg umah, SAMPAI SUDAH TAK DATANG-DATANG.

Macamni gaya, macamana saya nk dpt income Nuffnang 16k? Nak buat satu entry, saya kena refresh page sampai rasa nak panggang modem ni, cicah air asam!

Nak cancel subscription kalu, sila bayar balance monthly fees sampai habis tempoh langganan. Wah, sungguh adil dan saksama terms & conditions mereka kan?


Streamyx Sucks


Taktau dah nak kata apa lagi. Melainkan,

SAYA BANGGA GILER MENJADI PELANGGAN DAN PENGGUNA STREAMYX
.





0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker