Pages

Wednesday, June 3, 2009

JURNAL HARI KE-3


.
3rd day updates as per email that i've sent to hubby this morning.

***************

Masuk jer simpang lepas caltex tu, tetiba dia terus pegang tgn mama. dia tekup muka kat tgn mama sambil cakap...mama...tanak! tanak! bila nampak jer nursery tu, muka dia tambah lain mcm. tanak skul... tanak skul...


kuarkan dia dari keter, mama bukak pintu pagar.... dia duduk depan pagar sambil paut kat kain mama. mama...dokom... nak dokom... (masani mama rasa mcm nk hangkut jer dia mai PID)

so, mama dokong dia..bawak dia main kat buai. ajak masuk dlm dia tanak. lepas 2,3 minit cikgu dia kuar, ajak masuk dlm. depa nk dokong dia tapi dia takmo.

mama duduk sekali dgn depa semua. budak2 lain baru siap mandi pagi. dia tanak bgn dari riba, peluk jer leher mama. pujuk2 pon tak jalan.

dlm 5 minit mama pon cakap, aisyah duduk dgn kakak yer..mama pegi work... terus dia tak keruan. meraung giler2... mama tanak! tanak! . cikgu dia dokong dia... pujuk bawak pi dapo. masa tu dia menangis kuat sangat.

mama tak leh nk tunggu lama dah...sebab dah start teresak-esak dah. [mesti pengasuh2 tu kata, sama naik jer anak beranak! hahaha]

masuk keter, start enjin... jalan jauh sikit dari taska pastu benti layan nangis [mesti org tmn bayu pelik tengok apsal pompuan ni menangis pagi2 buta. hahaha]

sepanjang jln memang dok ingat kat dia jerlah. habis kelas tgharini memang nk balik teruslah pi ambik dia. lantaklah PID ni nk lingkup ke hapa. huhu...

camana ni bang? jgn kata sebulan, nk habiskan seminggu ni pon siksa jiwa raga nih...huhu...

*****************************

Pagi ni keadaan makin parah nampaknya. Mak dan anak - dua-dua pakat melalak tak hengat. Saya sambung menangis dalam kereta, lepas tu sampai opis bukak blog tgok gambar2 Aisyah saya sambung lagi menangis. Ni sambil taip entry ni..menangis lagi. Keturunan cengeng betul!




0 Scribbles: