Pages

Powered By Blogger

Thursday, June 25, 2009

MAKCIK REHAN VS YANG MULIA IKA


.
Hari Khamis.

Sila bayangkan - tiada yang lain melainkan Ika.

Saya berazam, mau menjadi guru yang lebih baik dari minggu lepas. Ulang dan ulang lagi benda yang sama sampai mulut hampir berbuih-buih dan tekak berasa kering [Oli, sebab tu i tak boleh start ganti puasa lagi - alasan paling waras]

Tapi... bila kita tanya dia apa2 [tanya dengan nada lembut okay!], sikit pon dia tak pandang muka kita [i taulah i tak chantek!], dia buat-buat tak dengar apa yang kita tanya atau cakap [tipulah kalau kata tak dengar, i duduk/ berdiri betul2 sebelah dia], bila kita tanya berulangkali dia juih bibir atau angkat bahu sahaja - dengan jelingan mata yang buat i rasa nk cucuk dengan garpu karat!

Lalu, darah saya pon 'naik tangga!'

Awak jangan nak kurang ajar Ika!
Saya cakap baik-baik dengan awak, awak buat endah tak endah!
Saya tak suruh awak datang belajar tau!
Kalau tak ada hati nak belajar, lepasni tak payah datang kelas dah!

Oiiii.... benci giler!

Rasa mcm nak baling kerusi ke muka dia. Dia buat tak dengar apa saya cakap. Sikit pon tak bagi respon. Selamba tekan2 mouse dan tekan2 keyboard [tak tau apa yang dia tekan... merapu saja lebih] Dan sekarang, dia duduk jugak kat tempat dia... masih dok tonyoh2 keyboard dan mouse.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, marilah kita mendidik anak2 kita dengan sebaiknya. Tak perla kalau tak berapa genius [mcm Makcik rehan], tak masuk universiti [mcm makcik rehan], tak bergaya dan vogue [mcm makcik rehan] tapi sekurang-kurangnya biarlah anak-anak kita tu bersopan, bertatasusila, menghormati orang tua dan beriman [mcm makcik rehan!]

Nota kuku kaki : Maaf, entry ni berbaur tidak siuman sebab makcik rehan sangat tension mengadap duli yang mulia ika.

Dah lah. Jom balik!





0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker