Pages

Powered By Blogger

Thursday, June 18, 2009

SAKIT LAGI, MUNTAH LAGI


.
Semalam i kena bius ketiduran. Badan tak sihat, sakit tekak, batuk berkokok, berhingus dan kahak. So, telan ubat. Dh mkn ubat, mata tak boleh angkat. Dari pagi sampai ke petang, kepala otak melayang.

So, pukul 4 ptg i dah balik terhuyung-hayang - gedebum tido kat umah. Pukul 5.30 ingat nk bgn pegi ambik Mencah kat skul.

Sedar dari tidur, dengar mcm ada org masuk rumah. Suspen giler. Terhendap-hendap kuar dari bilik, mengintai kat hall. Rupa-rupanya Pakcik Sepol dah balik keje, tengah sedap mengunyah epal sambil layan ESPN.

Tengok jam... Hah! dah 6.30 petang!

Banggg.... naper balik senyap2... naper tak kejut saya tido. Anak belum ambik kat skul! Sian dia.... dah lewat dah ni...

PS tetiba jadi blur.

Ingatkan awak bawak Aisyah jenjalan lepak dgn neighbour. Abg jenguk dlm bilik tanampak pon tadi [masa tu i dlm bilik air - memangla tanampak]

Kelam kelibut PS sarung baju, ambik kunci keter pi ambik anak.

PS kata masa dia sampai dah tak ramai budak yang tinggal. Aisyah pon bukan main menggelinjang bila nampak Babah kuar dari keta. Mulut tak benti2 sebut Mama... Mama... [sebab biasanya mama yg ambik dan hantar dia]

Kasihan anak kecilku.

Malam tadi batuk dia menjadi-jadi. Lawan berkokok la kami 2 beranak. Baldi kecik memang dah ready kat sebelah tilam Aisyah. Saya dah tak sanggup 'dera' aisyah bagi mkn ubat. Petang kelmarin, saya dah cuba bagi dia mkn ubat [terpaksa handle sorang2 sebab Babah dia balik lambat] Saling tak tumpah mcm mak tiri tgh dera anak tiri. Sampai saya jadi hilang sabar dan nk marah-marah dan nak menangis!

Aisyah menangis merayu-rayu sambil melepek pada pintu peti ais. Dengan tubuh longlai tak bermaya. Tanak mama... tanak ubat... tolommm.... nak uwen... nk cheese... nk biskut... nak atun.... [mcm2 helah dia buat, asalkan mama tak bagi mkn ubat]

So, ptg semlm saya bubuh ubat batuk dlm susu dia. Dia tidur lena. Menjelang tgh mlm, dia mula batuk. Badan pon dh mula panas. Basahkan kepala dgn towel, buatkan susu campur ubat demam. Dia tak mahu minum pulak. Tak lama kemudian, dia mintak susu lagi sekali. Saya hulur jugak susu yang berisi ubat demam - kalini dia kalah. Minum juga sebab dah lapar sgt kot. Menjelang awal pagi, tengok badan dia dah berpeluh-peluh. Mak dia pon sama tak boleh tido sbb kepanasan. Saya kuatkan kipas sikit, dan pasang aircond dgn suhu tinggi. Kami 2 beranak terus tak sedar dunia sampai ke subuh. [bapak dia toksah tanya la kan... panas ka, bahang ka, lena tetap lena punya :P]

Pukul 6.15 saya bgn siapkan sarapan koboi utk PS dan buatkan sebotol susu utk Aisyah. Hampir siap masak, tetiba nampak kelibat Aisyah berlari kuar dari bilik sambil terbatuk-batuk. Dan kalini... tak sempat dah nk pikir baldi ke hapa... terus membuak muntah atas lantai!

Redha lagi... utk kesekian kalinya, saya mengemop lantai di subuh hari.

Dah masuk minggu ke-3 Aisyah di nursery. Bila nak baik demam nih? PS kata, jgn2 Aisyah ni sepanjang tahun la dok tanggung demam, selsema, batuk... dah hari2 kena bersosial dgn budak2 tu kan... ubat punyalah siksa nk bagi mkn. Baru nk baik, kena balik...

So, camana nih? Scotts Emulsion tu pon tak jalan. Nak try vitamin tablet la pulak nampaknya.Sapa ada idea nk mengatasi masalahni [selain dari idea Mak Mencah benti keje, dan jaga sendiri anak dia - yg tu memang always on top of my mind :P]




0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker