Pages

Monday, June 22, 2009

WEEKEND WRAP UP


.
Isnin lagi. Boring kan? terpaksa jugak mai opis, mkn gaji buta :P

Hujung mingguni mak, ayah dan adik i dtg Rawang. Adik yang bongsu dapat masuk UKM, Alhamdulillah. Dia masuk unibesiti kakak dia dulu. Jangan ko buang karan, bajar main-main mcm kakak ko dulu sudah. [sudahnya, karang ko melangok keje kontrak kat PID mcm aku!]

Aisyah dah beransur sihat - vitagen 2 botol sehari. Satu botol, i bubuh satu jenis ubat. Hehe. Mingguni nk try antibiotik plak. Mak dia pon dah okay. Tapikan, Sabtu malam Ahad tu i batuk teruk sgt. Sebab? kari ikan bawal lorrr... Pastu minum pulak air 'bateri' sejuk penggerak tenaga s**h**t [hanya Zalia yg paham]. Malam tu mcm ada kupu-kupu terbang dlm tekak haku. Berkokok la haku sepanjang mlm...

Mahap, i memang sungguh tak hadap nk posing dgn kari i. Kamera dah abih bateri, malas ya Rabbi aku nk ngecas. Tapi siyes okeh.... sangat sedap, lemak berkrim! Pakcik Sepol terus pitam sampai kol 4.30 ptg lepas mkn kari bini dia - sampai tak jadi nk balik umah Nenek Onah. Tengok... power tak power bini dia masak kari ikan. Dinner mlm tu, i panaskan balik kari tu... makan lagi... sampai naik semput dia nk habihkan nasik. Terrer tak i?

Nieza, tak lama lagi Sepol pon akan berperut 'moncong' ke depan mcm Juzer! Wakakakaka.... Dan Zalia, Jeman akan semakin ketinggalan dalam arus 'pembuncitan' bapa-bapa seMalaysia nampaknya. Maklumla... bini dia kan tgh TBL.. muahahahaha!

Sabtu, kami 3 beranak langsung tak jejak tanah. Eh, PS ada jejak tanah sebab aku suh dia beli santan kat van sayur yg dtg lalu depan umah. Selebihnya kami berkurung dlm rumah. PS buat kerja2 drilling - pasang cermin dlm bilik air. Aisyah takut bunyi bising. Dia terkejut, lari nk panjat katil sampai tertomoih ke birai tilam. Bibir berdarah - nangis sekejap - buas balik!

Laundry baju2 newborn dah selesai. Dah lipat - simpan elok2 tunggu baby kuar. Bilik no 3 kat hujung dapur yang mcm rumah kongsi Bangla dah siap kemas. Nasib baik mak aku kata dia nk mai, kalau tidak...tahun depan pon belum tentu aku kemas! Dengan kain baju berbunjut-bunjut, mainan Aisyah berlonggok-longgok dan hapah jadah brg MISC yang tak dpt dikenalpasti.

Banyak lagi brg kat umah Nenek Onah yang kami belum hangkut. Nenek dah hint2 dah tu... bila korang nk bawak korang punya ini, itu, begini, begitu? Huhhuhuhu... baik Mem Besar, nanti pelan2 kami hangkut yek.... [nak hangkut tu satu hal, pastu nk menyusun balik kat dlm lemari tu yg lagi satu kehazaban]

Ahad kami pi 1 Utama. Sebelum tu singgah kedai pancing kat Kepong [PS nk pi mancing kat Kemamam hujung mingguni] Aisyah sangat-sangat-sangat meragam masa outing kalini. Mata mengantuk, stroller tak bawak-so, serba tak kenala budakni. Sudahnya, ambik tiket parking... pusing Jusco 30 minit, pi makan, terus balik umah. Kami laki-bini tertekan dgn peel si Mencah sampai tak leh nk berpikir apa nk beli. Ewwww.... rasa mcm tobat jer dah nk outing dgn budak bertuah ni. Sikit silap, melalak kaw-kaw. Eynda, Aisyah pon dah jadi mcm Hannah. Asyik nk uwaaaaaaaaaaaa! uwaaaaaaaaaaa!

Balik dari 1 Utama, kami singgah umah Nenek Onah. We had a little celebration for the fathers [well, mak-mak yang lebih!] kami beli cheese cake dan ayam panggang 2 ekor. Tak sampai 20 minit - licin! Dah kenyang, mandikan Aisyah then berdesup balik umah. Lepas Aisyah dah tido dlm kol 9.30 mlm, i sambung buat kerja umah yang tak abis2. Laundry dan kemas2 dapur. Kol 12 tgh mlm, kami 3 beranak dah lena di ulit intan.

Sekian entry tanpa gambar utk hari Isnin yang sungguh tak best ini.

Oh ya, Sebelum terlupa... Happy Father's Day to all the heroic dad out there!

Daaaa!




0 Scribbles: