Pages

Powered By Blogger

Friday, July 10, 2009

AWAK PENAT, SAYA PON PENAT


.
Awak keje, saya pon keje
[walaupon kerja saya byk rilek dari 'kerja' - alah, awak pon apa kurangnya]

Awak cari duit, saya pon cari duit
[walaupon hasil yang saya dapat adalah kurang dari apa yang awak dapat]

Awak kena bayar keta, saya pon kena bayar
[walaupon keta saya hanyalah si kontot yg dh mula meragam]

Awak kena bayar loan umah, saya pon kena bayar
[walaupon rumah saya hanyalah flet sekangkang kera]

Awak kena bagi duit kat mak ayah awak, saya pon kena bagi [sekurang-kurangnya mak ayah awak ada duit pencen dan duduk sepelaung je dari awak, saya ni mak ayah duduk nun jauh di sana, takde pencen dan ada adik kat universiti yang kena tolong support sedikit sebanyak]

Awak kena bayar loan PTPTN, saya tak kena sebab saya budak pandai dapat biasiswa MARA [ada sedikit riak disitu] Tapi awak bayar bukan byk sgt pon... 50 hengget jer kan sebulan...

Nampak tak, apa yang awak KENA... boleh dikatakan saya pon KENA. Bezanya sikit atau banyak jer. Yerlah, saya tau lah awak Boss... tapi tak bermakna saya ni kuli taww....

Macam tajuk kat atas tu... awak tau penat, saya pon tau penat jugak. Sebab :

Awak tak basuh kain baju, saya kena

Awak tak payah basuh botol anak, saya kena

Awak tak payah sidai kain [ok, ada sekali sekala awak tolong jugak], tapi saya kena [kalau baju bau masam, nanti awak jugak yang komplen]

Awak tak payah iron baju, tapi saya kena
[ok, pagi tadi awak kena iron sendiri sebab saya 'mogok lapar kenyang']

Awak tak payah hantar dan ambik anak dari nursery, tapi saya kena
[dan awk tak pernah rasa mcm jantung ditusuk-tusuk bila tengok anak meraung tak nak masuk nursery]

Awak tak payah menyapu, mengemop, mengemas, basuh pinggan, lipat kain, susun kain, siapkan beg nursery anak dan lain-lain, tapi saya kena buat semua-semua tu.

Awak tak payah ganti posa, tapi saya kena
[sebab tu mingguni saya bertambah penat]

Saya bukanlah nak 'berkira' sangat dengan awak [lagipon saya memang lemah subjek matematik], cuma bertimbang-rasalah sikit dengan saya. Tambah-tambah pulak dalam keadaan sekarang.

Awak hanya perlu bawak badan awak, tapi saya kena bawak badan saya [yang gedempol] dan badan anak saya yang sorang lagi dalam perut [dan dia adalah anak awak jugak]. Awak tolong saya sedikit sebanyak pon saya dah happy sangat tau. OK, kalau tak tolong saya pon tak apa... tapi tolonglah jangan berkasar sangat dengan anak awak yang sorang tu [saya berkasar tak apa, sebab saya yang beranakkan dia :P]

Tak kan awak tak sedar, anak awak tiap2 malam mengigau menangis 'Babah buatttt...'

Tak kan awak tak perasan, anak awak tak heran pon kalau awak nk tinggalkan dia kemana-mana tapi meraung melolong bila nampak kelibat saya masuk kereta [walaupon saya masuk kereta sebab nak letak beg nursery dia jer]

Jadi ingatlah, awak penat dan saya pon penat.


Sekian, renungan dari Makcik Rehan di hari Jumaat.






0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker