Pages

Powered By Blogger

Friday, July 17, 2009

ESOK, LUSA DAN TULAT ADALAH CUTI


.
So, apa nk buat?

Tak kan nk buat bodow dan duduk rumah jer kan?
[macamlah selamani dok buat pandai sgt].

Tapi serius taww... KEPALA [kena bubuh hurup besar, takut salah eja jadi KELAPA lagi] otak i kosong betui. Taktau apa nk bikin weekend ni. Nak kuar jenjalan bawak Mencah mcm ada sikit trauma dgn peel luar kawalan beliau. [tapi pagi tadi dah buat janji manis dgn dia - esok kita pegi jenjalan yer... habislah!]

Nak memasak beria-ia? Malaslah, selalu tak jadi dan tak sedap. Dan akhirnya kena jolok masuk tekak sendiri - dah tak lalu masuk tekak sendiri baru sedekah kat tong sampah. Membazir kan amalan syaitooonnn... [sebab tu MR makin buntal, dia kena habiskan byk makanan yang laki dia tak sudi nk makan]

Hari isnin nak pegi 'serah perut' kat hospital. Eeeeii... janganlah awal2 lagi dah nak kena seluk. Ngeri siot. Masa Mencah haritu, bila sampai satu stage [dah hilang ingatan masa minggu keberapa] doktor dah mula nak seluk-seluk. Nak cari apa tah! Dok tujal2 kepala baby dari bawah. Kalau tangan dia halus mulus macam doktor pompuan kat Klinik Rahman Putra haritu [lagi sekali, hilang ingatan dah nama doktor tu] takperlah jugak. Dibuatnya tgn dia besor gedabak dan berbulu dan berurat dan bertulang mcm tgn doktor Bhagwant Singh habisla i... [sekadar bagi contoh, doktor ni adalah bukan gynea tapi Mencah takut sgt kalau pi klinik dia]

Eh, dah pukul 12.30 tghari. Dan hari ini adalah hari Jumaat... apa yg sayer dok gigih lagi mengadap komputer ni? Cepatlah pi kedai makan makcik simpang Kg Melayu Rasa tu sebelum gulai ikan bawal dia habis!

Baekkk.... sayer pegi sekarang jugak. Oleh sebab Zalia Chayok keje hap day hari ini, saya sebagai orang yang mengidolakan beliau pon akan mencontohi beliau. Dan-dan tu sayer pi suruh PM sign borang hap day utk sayer juger.

Sekianlah untuk hari ini. Wassalam.









0 Scribbles:



Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker